www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Friday 7 October 2011

GAJI KAKITANGAN AWAM NAIK 40% DALAM BAJET NAJIB? PENUH DEBARAN......

Spekulasi bertiup kencang bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan kenaikan gaji yang signifikan bagi 1.2 juta kakitangan awam negara pada pembentangan Bajet 2012 petang ini.

Bagaimanapun, penasihat ekonomi kerajaan mempersoalkan sejauh mana keberkesanan langkah yang bertujuan memancing undi dalam menangani isu kos hidup yang terus meningkat.

asli budget 2008 forum 100907 dr mahani zainal abidin"Bagaimana pula nasib mereka yang bukan dalam perkhidmatan awam? Isu gaji lebih mendesak dalam sektor swasta, "kata Mahani Zainal Abidin, anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC), semasa menjadi tetamu radio BFM pagi ini.

Beliau juga melahirkan kebimbangannya sama ada kenaikan gaji untuk kakitangan awam adalah penyelesaian terbaik bagi menangani isu-isu ekonomi yang dihadapi oleh Malaysia.

NEAC adalah badan yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menasihatkannya mengenai dasar-dasar ekonomi. Mahani adalah juga ketua eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis), sebuah badan pemikir yang menyediakan perkhidmatan perundingan kepada kerajaan.

Satu lagi tetamu yang diketengahkan pada rancangan pagi ini ialah Teh Chi Chang, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA). Beliau pernah menjadi penasihat ekonomi kepada setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Kedua-dua Teh dan Mahani diminta mengulas mengenai kenaikan gaji perkhidmatan awam yang dispekulasikan akan naik.
azlanTeh mempersoalkan sama ada kerajaan mengambil kira kesan dan akibat kenaikan gaji berkenaan sebelum mahu melaksanakannya kerana tindakan itu akan berakhir dengan jumlah pencen yang besar apabila kakitangan awam terbabit bersara.

“Ini soalan yang mesti kita jawab,” katanya.

Kedua-dua mereka juga ditanya sama ada jumlah kakitangan awam yang sebegitu ramai, iaitu kira-kira 10 peratus daripda tenaga kerja di negara ini perlu dikurangkan.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online