www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Saturday 6 August 2011

ISU GEREJA : DATO' HASSAN ALI SELEPAS TIDAK MENJADI PJ PAS SELANGOR

PAS Selangor menuntut penjelasan exco kerajaan Selangor Dr Hasan Ali yang mempertahankan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya.
 
Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Khalid Samad berkata pihaknya tidak dapat mengulas lanjut buat masa ini sehinggalah laporan berkaitan diperoleh terlebih dahulu.

NONE“Kita harap ada kebijaksanaan dalam isu seperti ini. Kita simpan komen akhir sehinggalah dapat laporan JAIS dan mesyuarat dewan bersama Hasan Ali untuk dapatkan penjelasan lanjut lagi.

“Kita nak tengoklah apa bukti yang dia kata ada itu,” katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini.

JAIS sebelum ini memberi alasan terdapat bukti penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam. 

Setakat ini, “kecuali satu” pihak, tiada mana-mana pihak yang mengaitkan persoalan pengembangan agama bukan Islam terhadap penganut Islam, tambah Khalid.

Bercakap dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini, Khalid menegaskan, Islam menegaskan bahawa prinsip bahawa rumah ibadat mesti dihormati tidak kira apa agamanya sekali pun.

“Kalau hadir, (Datuk Seri) Najib (Razak) pun pergi ke Vatican bertemu Pope. Itu sebesar-besarnya gereja di dunia,” katanya sambil berhujah tindakan itu tidak boleh dijadikan kesimpulan sebagai proses memurtadkan Islam.

Tindakan tak beretika

Bagaimanapun, tegasnya, tindakan “masuk tanpa waran dan tanpa kebenaran” ke tempat suci tersebut haruslah dielakkan kerana ia juga dikira isu sensitif yang boleh menimbulkan salah faham dan ketegangan antara kaum.

“(Insiden) ini hasil didikan dan pentarbiayahan BN selama ini. Nak tunjuk kuat, ramai, ada kuasa. Tetapi lebih penting tunjuk akhlak dan keperibadian mulia dan mampu hormati satu sama lain,” katanya.

“Saya baru balik dari Gaza. Di Gaza Israel ceroboh masjid ikut suka, kita bantah. Kita ada perasaan begitu. Saya rasa orang agama lain pun ada perasaan, pandangan sama. Pada pandangan PAS, tempat ibadat perlu dihormati,” katanya.

Berhubung serbuan JAIS kelmarin, Khalid berhujah, sekiranya terdapat individu melarikan diri sekali pun ia tidak bermaksud melakukan perbuatan salah.

“Biasalah, bila rempuh orang akan cuba lari. Mungkin dia rasa duduk (situ) pun kesalahan, (jadi) dia takut,” kata Khalid yang juga anggota parlimen Shah Alam.

Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman pula menyifatkan tindakan JAIS itu sebagai tidak beretika dan kurang sopan.

“Pengalaman dulu JAIS pernah masuk surau dan masjid secara kurang beretika. Tetapi itu zaman dulu, tetapi terbawa (hingga sekarang) mungkin,” katanya.


Jumpa Jais, gereja dapat gambaran sebenar
Saidah Hairan       
SHAH ALAM, 5 Ogos: Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor, Iskandar A Samad (gambar) berharap semua pihak tidak wajar membuat kenyataan yang menunding jari kepada mana-mana pihak sebelum mendapat laporan lengkap daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Ini kerana kata beliau, isu pemeriksaan Jais ke atas satu majlis di bangunan Gereja di Damansara Utama sebagaimana yang dilaporkan media terlalu sensitif kepada semua pihak.
Sehubungan itu beliau menegaskan semua pihak perlu berhati-hati membuat ulasan tentang tindakan Jais selagi belum menerima satu laporan lengkap daripada pihak Jais.

Berhubung kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, setakat ini belum ada lagi apa-apa pertemuan di antara beliau dan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor.

Katanya, kenyataan Hasan yang diulas oleh beberapa pihak hanyalah kenyataan yang dilaporkan oleh media.

"Saya harap satu pertemuan di antara beliau dan pimpinan PAS Selangor perlu diadakan dan saya menyokong kenyataan Menteri Besar Selangor yang mahukan satu laporan lengkap dari pihak Jais," tegasnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri.

Beliau mencadangkan PAS Selangor mengadakan pertemuan dengan pihak Jais dan pihak gereja untuk mendapatkan gambaran yang sebenar tentang peristiwa tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online