www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Wednesday 13 July 2011

NOH OMAR BODOH MACAM LEMBU.... NAJIB PUN DIA SONDOL. KEM MUYIDDIN MULA MENYERANG NAJIB.


Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menyifatkan pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk S Ambiga "lebih hebat" daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat.

NONEDengan sinis, Noh berkata, ahli parlimen Pakatan "macam lembu dicucuk hidung" dengan mengikut kata-kata Ambiga, antaranya dalam cadangan mengadakan 'Sabtu kuning' setiap minggu.

"Nampaknya, Ambiga ini lebih hebat daripada ahli-ahli parlimen (Pakatan). Bagi saya, Ambiga buat macam itu, dia menghina ahli-ahli parlimen pembangkang yang ada pada hari ini.
 
"Kerana dalam parlimen, ramai ahli parlimen (Pakatan). Kalau sebagai ahli parlimen berbagai cara, mereka boleh menyuarakan lapan perkara, yang mereka tidak puas hati.

"Sepatutnya tugas ahli parlimen, tapi apa ahli parlimen buat," katanya ketika diminta mengulas saranan Ambiga supaya rakyat memakai apa-apa sahaja yang berwarna kuning sebagai sokongan berterusan kepada lapan tuntutan BERSIH.

Kenyataan Noh itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan pandangan Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan dalang sebenar di sebalik perhimpunan itu.

Perdana menteri pada 10 Julai dilaporkan berkata, perhimpunan Sabtu lalu merupakan rancangan terdesak ketua pembangkang untuk memanipulasi rakyat bagi meraih sokongan.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online