www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Thursday 28 July 2011

AWAS..! HALAL ATAU HARAM BERBUKA PUASA DI HOTEL. PASTIKAN SENARAI HOTEL SEDIA MAKANAN HALAL....


KUALA LUMPUR: Pengusaha hotel yang belum mendapatkan sijil halal digesa berbuat demikian dengan segera bagi memastikan hidangan yang disediakan untuk pengunjung ketika Ramadan ini halal.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Othman Mustapha berkata mereka boleh mendapatkan sijil tersebut dalam masa sehari sahaja sekarang.

"Kita telah menghantar surat peringatan kepada mereka untuk mendapatkan sijil halal. Boleh dikatakan 80 peratus daripada hotel (di Wilayah Persekutuan) sudah dapat.
 
"Kita beri laluan secara fast track sekiranya mereka masih lagi berbuat demikian di mana kita ada pegawai khas khusus untuk mereka berbuat demikian (mendapatkan sijil halal)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Nasyid Wilayah Persekutuan 2011, di sini Khamis.

Othman berkata pihaknya juga akan mengadakan operasi secara berkala sepanjang Ramadan ini bagi memastikan hidangan yang disediakan pengusaha hotel menepati kehendak sijil halal.

Operasi akan ditambah jika ada aduan daripada orang ramai dan pengusaha hotel yang gagal menunjukkan sijil halal yang sah boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972, katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali yang turut hadir berkata pihaknya akan mengadakan operasi membanteras orang tidak berpuasa di sekitar Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sebaik Ramadan bermula.

"Kita akan mengambil tindakan tegas dengan hukuman enam bulan penjara dan denda RM1,000 ataupun kedua-duanya sekali mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah," katanya.

Che Mat berkata pihaknya juga akan memastikan peniaga makanan yang membuka premis mereka pada waktu siang hanya menjualnya kepada bukan Islam. - BERNAMA


* SILA RUJUK JAKIM MELALUI.. www.halal.gov.my


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online