www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Wednesday 8 June 2011

SUBSIDI DIESEL NELAYAN : NOH OMAR PENAKUT, UGUT NELAYAN JANGAN BERDEMO, BUKTI KERAJAAN BN MEMANG PENIPU BESAR....


KUALA SELANGOR 7 Jun – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menimbang untuk mengambil tindakan terhadap nelayan laut dalam yang masih berkeras mahu mengadakan mogok ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan menarik balik subsidi diesel daripada mereka.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan ke atas nelayan terlibat akan difikirkan kerana pihaknya menerima laporan ada golongan itu mahu mengadakan mogok dengan tidak turun ke laut bagi mendesak kerajaan memberikan semula subsidi diesel berkenaan.

Beliau berkata, desakan itu tidak wajar dilakukan kerana tindakan menarik balik subsidi diesel itu hanya melibatkan nelayan laut dalam dengan jumlah hasil tangkapan melebihi 40 tan metrik.

Jelas beliau, subsidi diesel kepada nelayan pesisir pantai yang dikelaskan sebagai nelayan zon A dan B masih dikekalkan iaitu RM1.25 seliter berbanding harga pasaran RM1.80 seliter.

“Saya harap mereka (nelayan laut dalam) faham mengenai perkara ini kerana tumpuan kerajaan adalah membantu nelayan pesisir pantai yang bilangannya lebih ramai dan hasil tangkapan lebih kecil daripada nelayan laut dalam.

“Jika ada yang ingkar dan membuat perkara-perkara yang tidak sewajarnya seperti mogok, demonstrasi dan sebagainya, kita akan fikirkan bentuk tindakan terhadap mereka nanti,” katanya. 
 
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kursus Membina Pasukan Kor Tani Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) peringkat negeri Selangor di Pantai Remis, Jeram di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi LPP, Datuk Zainal Dahalan; Pengerusi LPP Selangor, Jakiran Jacomah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Amiruddin Setro. 

Noh berkata, nelayan laut dalam sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan kerana meskipun subsidi diesel RM1.25 seliter ditarik balik, mereka masih dapat membeli bahan bakar itu pada harga subsidi di pasaran tempatan iaitu RM1.80 seliter. 

Selain itu jelasnya, nelayan laut dalam turut mendapat manfaat lain apabila kerajaan membayar hasil tangkapan mereka sebanyak 20 sen bagi setiap kilogram berbanding nelayan pesisir pantai yang kerajaan hanya membayar hasil tangkapan mereka sebanyak 10 sen bagi setiap kilogram. 

“Kalau nelayan laut dalam mendapat hasil tangkapan sebanyak 40 tan metrik dan kerajaan membayar 20 sen bagi setiap kilogram, ini bermakna mereka mendapat RM8,000 bagi subsidi hasil tangkapan.

“Begitu juga dengan pembinaan tempat pendaratan hasil tangkapan untuk nelayan laut dalam yang kesemuanya dibina oleh kerajaan melibatkan kos yang tinggi iaitu antara RM100 juta hingga RM200 juta. 

“Jadi, di mana rasionalnya jika ada sesetengah nelayan laut dalam menyatakan rasa tidak puas hati, menuduh kerajaan zalim, nak mogok dan sebagainya sedangkan mereka sebenarnya mendapat manfaat yang besar daripada kerajaan,” ujarnya.


( Dulu Umno ni sayang sangat dengan Nelayan sebab golongan nelayan selalu ditindas BN untuk kekalkan fix deposit undi setiap kali pilihanraya. Sekarang baru mereka tahu yang nelayan ni semakin cerdik, takkanlah mereka sanggup ditipu sepanjang hayat mereka oleh si Noh Omar ni, jika BN tak sanggup bagi subsidi diesel maka tak payahlah nak perintah Malaysia, bagi peluang Pakatan Rakyat perintah pasti nasib golongan nelayan akan terbela. Alasan setiap kali nak tarik subsidi diesel ialah sebab minyak naik harga tapi si Noh yang bodoh ni tak cakap ke pada nelayan, pada masa yang sama jika jika minyak naik harga patutnya Malaysia lagi kaya sebab Malaysia ialah penjual minyak ke luar negara, maka untung yang sangat banyak tu boleh cover subsidi minyak untuk nelayan..........Noh Omar memang bangang lebih teruk dari nelayan agaknya dia ni, namanya je peguam tapi samseng.... dengan nelayan pun nak diugut. Kalau berani ugutlah si Karpal Singh....hahahaha ada berani ke Noh?  )

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online