www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Thursday 9 June 2011

MAT SABU CALON DI BUKIT BINTANG DALAM PRU13.....! MUHYIDDIN BERANI LAWAN KE?

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, beliau sanggup bertanding di kawasan majoriti Cina seperti Bukit Bintang pada pilihan raya umum akan datang sekiranya diberi peluang oleh Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, parti itu akan lebih berpengaruh dalam PR sekiranya ia bertanding di lebih banyak kerusi dengan majoriti bukan Melayu.

Mohamad Sabu juga berkata, parti itu kini semakin diterima di kawasan bukan majoriti Melayu.
Bercakap dalam temuramah dengan portal berita MalaysiaKini, Mohamad Sabu bagaimanapun menegaskan, keputusan akhir mengenai pengagihan kerusi akan diputuskan oleh pucuk pimpinan PR.

Katanya, trend sekarang ialah kemenangan mana-mana calon banyak ditentukan oleh ketokohan seseorang.

"Saya sendiri berani bertanding di Bukit Bintang, asalkan (guna) simbol PAS (dan) DAP tak bertanding, dan lawan MCA...boleh menang," katanya sambil ketawa kecil.

Dalam temuramah itu, beliau juga berpandangan bahawa penentuan pengagihan kerusi pada masa hadapan mungkin tidak lagi berasaskan majoriti Melayu, PAS bertanding dan bukan Melayu DAP bertanding.

Sekarang kata Mohamad Sabu, segala-galanya bergantung kepada calon, sama ada diterima atau tidak oleh pengundi.

Kata Mohamad Sabu beliau tidak pasti sama ada formula dahulu iaitu kawasan Melayu PAS bertanding, bukan Melayu DAP dan campuran PKR masih boleh diguna pakai atau tidak kerana keadaan telah berubah.


( Ini baru anak jantan, setelah beberapa  hari menjadi Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu terus mengacah Umno supaya menjadi anak jantan. Mat Sabu telah buka gelanggang untuk bertanding di BB, maka yang sesuai lawan Mat Sabu ialah Muhyiddin yang juga orang nombor dua dalam Umno. Muhyiddin berani ke? Dia tak berani punya sebab dia bukan anak jantan. Dulu dia dakwa orang Cina dah sokong BN semula, jadi marilah bertanding di BB melawan Mat Sabu. Muhyiddin pasti kecut. Dia berani bertanding di kawasan Melayu di Batu Pahat dan Muar sahaja. Jika Muhyiddin ada rasa anak jantan, sahutlah cabaran Mat Sabu.....)

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online