www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Monday 9 May 2011

UMNO AKAN DITALQINKAN KATA MUKHRIZ, KJ PULA DIPERLEKEH

Pergerakan Pemuda Umno perlu bertindak seperti badan bukan kerajaan (NGO) dan bersuara lantang dalam sebarang isu atau permasalahan demi kepentingan rakyat, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Mahathir.
 
Beliau berkata biarpun apa yang disuarakan itu akan kedengaran seperti mengkritik kerajaan, namun ia lebih baik daripada kerajaan terpaksa melakukan apa-apa perubahan akibat didesak oleh pembangkang.

"Lebih baik kita usulkan, kita yang duduk di bawah kita lebih tahu. Jangan segan-segan. Kita mesti bertindak sebagai NGO. Bersuara lantang. Sejak bila kita segan-segan?," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Seputeh di sini, malam Sabtu ini.

Turut hadir Ketua Pergerakan Umno Seputeh, Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff dan Ketua Pemuda Seputeh Mohd Razlan Muhammad Rafi.

Mukhriz berkata, walaupun Umno merupakan parti terbesar dalam Barisan Nasional namun Pemuda tidak seharusnya bertindak seolah-olah mereka sebahagian daripada kerajaan.

"Ada yang kata masalah yang timbul boleh selesai sebab kita kerajaan...tak payah usaha pun tak apa. Kalau itu yang berlaku memang betullah kata pembangkang bahawa Umno akan ditalkinkan tidak lama lagi," jelasnya.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata politik bersifat perkauman seperti yang diamalkan oleh DAP harus dihentikan segera kerana ia boleh membawa kepada kehancuran negara.

"Kita negara yang berbilang kaum, perlu ada sifat toleransi dan rela berkorban.

"DAP kata mereka berjuang untuk semua bangsa tapi realitinya mereka hanya didominasi oleh satu kaum sahaja dan kita tak boleh biarkan mereka mentadbir negara," tegas beliau. BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online