www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Sunday 22 May 2011

TRAGEDI BERAKHIR : 16 TERBUNUH 9 SELAMAT DIKELUARKAN......Al-Fatihah

Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.

24 buried alive in landslide at orphanageOperasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob ketika memberikan perkembangan terkini mengenai insiden itu kepada pemberita di lokasi kejadian pagi ini berkata mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ialah 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat.

Mangsa yang meninggal dunia di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat, katanya.

Azman berkata lokasi mangsa yang berada berdekatan antara satu sama lain membantu memudahkan usaha mencari dan menyelamat.

24 buried alive in landslide at orphanagePasukan mencari dan menyelamat membabitkan seramai 754 anggota daripada pelbagai agensi bantuan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), pasukan Smart, tentera 4 Divisyen, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan St John.

"Operasi mencari dan menyelamat dihentikan setakat ini dan akan disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk pastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap," katanya.

Operasi mencari dan menyelamat disambung pukul 8 pagi ini

22/05/2011 11:44am

KUALA LUMPUR 22 Mei — Operasi mencari dan menyelamat tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, disambung semula pada pukul 8 pagi ini meskipun kesemua 25 mangsa sudah dikeluarkan dari runtuhan itu.

Operasi susulan yang dijalankan pasukan polis dan bomba itu kini lebih tertumpu kepada aspek meninjau lokasi sekitar kawasan tragedi dan pembersihan sisa runtuhan bagi memastikan tiada lagi mangsa yang terperangkap.

Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan kesemua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu.

Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.

Tinjauan Bernama di tempat kejadian hari ini mendapati kawasan sekitar juga kembali tenang dan terkawal, di mana orang ramai tidak lagi berkumpul dan bersesak-sesak seperti semalam bagi mendapatkan perkembangan tragedi itu.

Laluan menuju ke lokasi kejadian juga sudah dibuka kepada orang ramai.

Bagaimanapun polis telah menutup laluan sepanjang 500 meter dari tempat kejadian dengan pita kuning supaya orang ramai tidak terlalu hampir dengan lokasi tragedi.

"Kita perlu buat tinjauan kawasan kerana dikhuatiri masih ada berlaku pergerakan tanah,” kata seorang anggota polis di tempat kejadian.

Pengetua rumah tersebut Idris Musa, yang dilihat melawat tempat kejadian pagi ini, enggan ditemu bual media kerana masih bersedih dengan tragedi tersebut.

Di tempat kejadian, terdapat dua buah lori syarikat pengeluar barangan makanan pengguna, menyediakan hidangan ringan untuk petugas penyelamat dan anggota media.

Mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ialah 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online