www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Friday 20 May 2011

SUSU 1MALAYSIA DIIMPORT DARI KOREA TIDAK ADA LOGO HALAL JAKIM? Anak Siapa Yang Minum....

Orang ramai tidak perlu meragui status halal susu UHT 1Malaysia kerana ia mematuhi piawaian pensijilan halal yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata bekalan susu itu, yang diimport dari Korea Selatan, mempunyai sijil halal Jakim selain sijil negara pengeksport.

Muhyiddin berkata bekalan susu untuk diedarkan ke sekolah-sekolah tidak mencukupi menyebabkan sebahagian darinya terpaksa diimport luar negara.

"Bagaimanapun orang ramai tidak perlu risau kerana Jakim terlebih dahulu mengeluarkan arahan agar syarikat pembekal susu ini memperoleh sijil halal sebelum membekalkannya. Jadi jangan risau," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Baling/Sik di Pulai di Baling hari ini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, diminta mengulas dakwaan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kubur Panjang, Pendang, Shaharol Niza Omar baru-baru ini mengenai susu berkenaan, yang didakwa tidak mempunyai logo halal Jakim.

( Apalah nasib pelajar Melayu Islam yang telah meminum air susu 1Malaysia yang diimport dari Korea ini. Muhyiddin kena tegas jangan setakat nafikan sahaja kena semak serta-merta gudang susu. Kita bimbang apa yang didakwaYang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kubur Panjang, Pendang, Shaharol Niza Omar baru-baru ini mengenai susu berkenaan, yang didakwa tidak mempunyai logo halal Jakim. Jika tidak halal ataupun tiada sijil halal JAKIM, bermakna susu tersebut haram ataupun tidak boleh diminum kerana tidak halal. Jika tidak halal kenapa masih lagi diedarkan kepada pelajar-pelajar Malaysia terutamanya yang beragama Islam. JAKIM tidur ke? Sila siasat segera dakwaan YDP tersebut, ambil tindakan segera...jangan dok lena tidur dalam bilik berhawa dingin sahaja)

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online