www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday 3 May 2011

NAJIB UGUT KAUM CINA. Gerakan Terpaksa Menjelaskan Ugutan Najib

GERAKAN tidak menganggap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai kemungkinan kehilangan perwakilan dari kaum Cina dalam kerajaan sekiranya komponen parti Barisan Nasional (BN) gagal mendapat sokongan pengundi Cina pada pilihan raya umum akan datang sebagai ‘ugutan’ kepada masyarakat Cina.

Presidennya, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata beliau sebaliknya menganggap kenyataan itu sebagai ‘cerminan realiti dan menjadi peraturan dalam politik’.

“Apabila jumlah wakil yang dipilih semakin kecil, biasanya ia menjadikan jumlah perwakilan dalam kerajaan semakin lemah, sekurang-kurangnya secara prinsipnya," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam kenyataan, semalam. 

Tsu Koon berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib kelmarin bahawa komuniti Cina perlu memutuskan sama ada hendak mengundi parti komponen BN atau kehilangan perwakilan mereka dalam kerajaan.

Najib dilaporkan berkata, komuniti Cina perlu mengorbankan parti dalam kerajaan jika mereka memilih untuk menyokong pembangkang.

Kenyataan Perdana Menteri itu adalah susulan kepada kenyataan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek Jumaat lalu bahawa parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan dalam Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri sekiranya mereka mendapat keputusan buruk pada pilihan raya umum akan datang berbanding Pilihan Raya Umum 2008.

Tsu Koon seterusnya meminta semua parti komponen BN untuk bekerjasama menjadi ‘lebih rakyat Malaysia dari segi perspektif, dan menjadi wakil dalam erti kata sebenar, supaya pada masa akan datang pengundi akan mengenal pasti BN sebagai satu parti tunggal yang mewakili semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. “Mari kita jadikan aspirasi Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN untuk menjelmakan 1Malaysia sebagai satu realiti,” katanya.

Tsu Koon berkata, di kebanyakan negara, pengundi di bandar yang biasanya lebih terbuka dan berpendidikan tinggi, cenderung untuk lebih mengambil berat dan kritikal mengenai isu-isu seperti urus tadbir yang baik, integriti, hak asasi manusia, kebebasan sivil serta keadilan, berbanding isu berkaitan pendapatan dan infrastruktur, dan inilah yang berlaku di kawasan bandar di Sarawak pada pilihan raya negeri baru-baru ini
 
p/s.  Jika orang Cina sudah diugut Najib, tunggu apa lagi. Gerakan boleh kempen pada semua orang Cina, keluarlah dari BN...cakaplah dalam bahasa Cina biar Najib tak faham. Jangan dok menenggek dalam kapal Umno yang sudah hampir tenggelam lagi. Orang Cina cerdik dari orang Umno.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online