www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Wednesday 18 May 2011

KELUARGA DAKWA TERANIAYA DISERBU 10 POLIS. SIAPA YANG ZALIM NI?

JOHOR BAHRU - "Kami tidak puas hati dan rasa teraniaya dengan tindakan sekumpulan anggota polis yang menyerbu rumah kami baru-baru ini."

Demikian luahan Tiang King Yen, 41, dari Permas Jaya di sini yang tertekan dengan serbuan kira-kira sepuluh anggota polis di rumahnya baru-baru ini atas dakwaan memiliki dadah.

King Yen, seorang jurujual di sebuah pasar raya berkata, dalam serbuan kira-kira 1.30 petang 10 Mei lalu lalu, suaminya, Keong Yew Kwong, 47, anaknya, Venus Keong, 4, dan rakan suaminya, Chong Wen Sin, 39, turut berada di dalam rumah.

"Tiba-tiba muncul tiga buah kereta yang dinaiki kira-kira sepuluh orang terus menyerbu rumah saya dan seorang daripada mereka menunjukkan surat kuasa polis.

"Kesemua mereka berpakaian preman dan meminta kami mengeluarkan barang-barang yang salah jika ada tetapi saya beritahu tiada," katanya pada sidang akhbar di pejabat Biro Jenayah MCA, Pasir Gudang di sini semalam.

Dia berkata, setelah memeriksa rumahnya, kesemua orang di rumahnya diminta ke balai polis untuk menjalani ujian air kencing.

Hasil ujian itu, katanya, hanya dia seorang yang positif dadah, namun itu berpunca daripada ubat yang diambil dari klinik kerana sakit belakang.

Apa yang dikesalkan katanya, proses ujian air kencing itu mengambil masa sehingga tiga jam menyebabkan anaknya kelaparan tetapi tidak dibenarkan makan.

"Saya minta izin untuk beli makanan seperti roti juga tidak dibenarkan," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Biro Jenayah MCA Pasir Gudang, Shiun Chean Teck berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa pada keesokan harinya.

Katanya, polis perlu menyiasat dakwaan berkenaan kerana tindakan ke atas keluarga tersebut disifatkan keterlaluan dan akan mencemarkan nama baik pasukan polis.


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online