www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Wednesday 25 May 2011

BENARKAH UMNO NAK TANDING SENDIRI DALAM PRU13? MCA,MIC,DLL AKAN DISINGKIRKAN? DAP ?

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencabar DAP supaya keluar daripada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau berkata dengan bertanding atas "tiket sendiri" tanpa ada apa-apa pakatan dengan PKR dan PAS, ia dapat menguji sejauh mana kekuatan serta pengaruh DAP dalam meraih sokongan rakyat.

"Kalau berani berbuat demikian, barulah parti DAP boleh dikatakan sebagai 'anak jantan'," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan komputer riba '1Malaysia' kepada 2,876 pelajar sekolah menengah dalam Parlimen Bagan Datoh, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mengumumkan DAP tidak akan bersetuju untuk mengadakan pilihan raya umum di negeri-negeri diperintah Pakatan Rakyat jika kerajaan pusat mengadakan pilihan raya umum tahun ini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata kenyataan DAP itu lebih bersifat politik yang sengaja ditimbulkan semata-mata untuk mencari publisiti murahan.


(Menyampah betullah jika baca kenyataan Zahid Hamidi ni, nama je Menteri dan juga Naib Presiden Umno, langsung takde "class" nak bercakap isu semasa, jika cakap pun macam merapu macam budak sekolah gamaknya. Cakap DAP anak jantan jika bertanding sendiri tanpa PAS dan PKR................ apake jadahnya Zahid cakap macam ni, dah takde idea lain ke Zahid? Cakap tu biarlah lojik barulah diterima akal manusia, atau memang Umno dah tenat sangat dah?
   

Kalau Umno anak jantan, pecat MCA dan MIC dan Gerakan dan semua parti komponen, bertanding dengan nama UMNO dalam PRU13, ada berani ke? Bodohnya Naib Presiden Umno ni? Menyesal layan dia ni.......................)

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online