www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Sunday 24 April 2011

UMNO PERLU AJAR MCA

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Perak hari menyifatkan gesaan beberapa pemimpin MCA supaya memboikot akhbar Utusan Malaysia sebagai suara daripada golongan yang terdesak mencari sokongan.

Yang Dipertua Perkasa Perak Ahmad Zaini berkata kumpulan yang hebat menghentam akhbar tersebut adalah kalangan pemimpin yang tidak lagi diterima di kalangan orang Cina sendiri.

"Mereka kini cuba mencari pelbagai cara termasuk memainkan isu sensitif tanpa mempedulikan semangat setiakawan dalam Barisan Nasional (BN) bagi tujuan menarik semula sokongan di kalangan orang Cina... tidak perlu layan desakan tersebut, sedangkan mereka sendiri sudah tidak laku lagi di mata kaum mereka sendiri,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau mengulas gesaan MCA supaya rakyat memulaukan akhbar Utusan Malaysia kerana mencadangkan gerakan ”1Melayu, 1Bumi” yang dianggap oleh parti itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum.

Timbalan ketua publisiti MCA Loh Seng Kok berkata konsep 1Melayu, 1Bumi yang diilhamkan oleh akhbar itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya.

Ahmad berkata BN tidak perlu melayan kumpulan seperti itu sebaliknya hendaklah memberi keutamaan kepada mereka yang masih setia dengan konsep BN untuk diangkat sebagai pemimpin yang boleh memperjuangkan masyarakat Cina.

Perkasa Perak juga mahu UMNO yang menjadi tonggak BN menasihati pimpinan parti komponen terutama MCA dan Gerakan supaya tidak terus bermain dengan isu sensitif yang menyentuh hak Melayu secara terbuka.

"Kenapa perlu mereka bercakap tentang pelbagai isu sensitif secara terbuka menerusi media dan tidak membincangkan secara tertutup dalam mesyuarat BN.

"Tidakkah ini menunjukkan seolah-olah wujud agenda tersembunyi di kalangan orang Cina,” tambahnya. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online