www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday 19 April 2011

UMNO PARTI RASIS, MAHATHIR SUDAH LUPA....JANGAN SALAHKAN ORANG CINA...

Mahathir sah pelupa! Kenyataan Dr.Mahathir yang menempelak DAP dengan ucapan tahniah kerana membawa fahaman rasis di Sarawak adalah tuduhan berat yang diselangi emosional serta kekecewaan beliau terhadap peralihan sokongan pengundi Cina kepada DAP. Mahathir lupa ke? Kenapa Mahathir histeria bab rasis ini? Semasa orang Cina Sarawak memberikan undi yang besar kepada parti SUPP yang jelas Cinanya kenapa Mahathir tak tuduh SUPP dan BN membawa fahaman rasis di Sarawak? Apabila undi orang Cina beralih kepada DAP, tiba-tiba Mahathir terkena sawan mengatakan DAP sebagai parti yang cuba memusnahkan perpaduan yang telah dibina selama ini. Memang Mahathir lupa diri.

Mahathir ingat rakyat Sarawak bodoh ke? Pemimpin SUPP dan Taib yang menjajah Sarawak sekian lama telah melakukan rasuah yang sangat membarah, mengkayakan kroni dan keluarga mereka, memiliki saham dan tanah beribu hektar setiap orang, rumah mewah tersergam indah, manakala rakyat Sarawak tersisih, hidup melarat dengan paras kemiskinan yang tidak pernah berubah. Dengan situasi ini adakah rakyat Sarawak akan pejam mata? Membiarkan diri mereka diperkotak-katikkan oleh SUPP dan Taib? Mahathir sudah lupa. Memang Mahathir mudah lupa.

Mahathir tak suka rasuah bercambah dalam pentadbiran? Maka orang Cina pun tak suka pemimpin yang rasuah. Mahathir sudah lupa. Bila Mahathir lupa itu semua. Mahathir lupa setelah sokongan Cina beralih angin kepada parti DAP. Semasa BN memerintah Mahathir belum lupa. Bila DAP mendapat sokongan besar maka Mahathir buat-buat lupa atau sengaja melupakan kejahatan dinasti Taib di Sarawak.

Mahathir lupa ke, Umno parti perkauman? Hanya Melayu sahaja boleh jadi ahli? Mahathir lupa ke, MCA parti perkauman Cina? Mahathr lupa juga ke, MIC parti pekauman India sahaja? Kesian sebab Mahathir telah lupa dan melupai BN ialah parti perkauman yang telah dibina sejak merdeka.

Impian Dato' Onn Jaafar untuk menyatukan semua bangsa dalam satu parti tidak pernah dihiraukan oleh Umno. Sebab apa? Sebab Umno parti untuk orang Melayu sahaja? Mahathir sudah lupa. Jadi kepada semua pengundi dalam Pilihanraya Umum ke-13, lupakanlah Umno, Lupakanlah BN? Lupakanlah MCA! Lupakanlah MIC? Dan lupakan Najib, Mahathir dans emua pemimpin Umno. Selamatkan Malaysia dengan mengundi Pakatan Rakyat.
   
...............................................................................................................................................................

Kejayaan Terbesar DAP Ialah Memisahkan Masyarakat Cina Dari Yang Lain - Dr M

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kejayaan terbesar DAP pada pilihan raya negeri Sarawak Sabtu lalu ialah memusnahkan konsep perkongsian kuasa dan kekayaan antara pelbagai kaum yang selama ini dijuarai oleh Barisan Nasional (BN) dengan memisahkan masyarakat Cina daripada yang lain.

Kata Dr Mahathir, beliau mungkin akan dilabel sebagai rasis kerana memperkatakan tentang hal ini tetapi selama lebih setengah abad, pelbagai bangsa di Malaysia telah bekerjasama untuk membina sebuah negara.

“Dunia telah menyaksikan sebuah pakatan politik yang kukuh yang berasaskan kepada perkongsian kuasa dan kekayaan oleh pelbagai bangsa yang boleh dikatakan dilakukan secara adil. “Tidak ada satu bangsa pun yang mampu memperolehi apa yang mereka inginkan kesemuanya atau rasakan berhak - sama ada Melayu atau Cina atau India, Iban, Kadazan dan lain-lain. Semua terpaksa berkorban sesuatu demi perkongsian ini.

Itulah pengorbanan yang perlu dilakukan demi perkongsian. Tetapi kini itu semua telah musnah...,” katanya di dalam entri terbaru blog beliau, Isnin.

Dr Mahathir menambah, sistem dua parti yang dilaung-laungkan yang berasaskan kaum tidak akan membantu kepada kestabilan negara atau perpaduan kaum.

Sebaliknya, kata beliau, Malaysia akan berhadapan dengan ancaman bahaya dipisahkan oleh dua parti - satu didominasi oleh Melayu secara tidak sengaja dan satu lagi oleh kaum Cina secara pilihan.

“Tidak lama lagi kita akan mengadakan pilihan raya umum yang ke-13. Saya hanya dapat mendoakan agar paten pengundian sepertimana di Sarawak tidak berulang,” ujar Dr Mahathir lagi.
Beliau juga menuduh DAP sebagai bertanggungjawab memisahkan masyarakat Cina daripada kaum-kaum yang lain dengan cara mengenepikan BN.
Ia kata Dr Mahathir bagaikan satu jangkitan virus.

Virus ini katanya telah menyebabkan masyarakat Cina menolak kepelbagaian bangsa dengan memilih DAP dalam pilihan raya negeri Sarawak iaitu menambah perwakilan parti itu dari enam kepada 12 kerusi.
Dalam nada yang menyindir Dr Mahathir berkata, pada masa lalu, DAP hampir secara total ditolak di Sarawak.

“Mungkin apa yang berlaku ini juga kerana kesilapan SUPP tetapi yang lain-lain di dalam BN juga turut melakukan beberapa kesilapan. Tetapi yang menolak BN boleh dikatakan dilakukan oleh masyarakat Cina sahaja.

“Jadi saya ingin mengucapkan tahniah kepada DAP kerana berjaya membawa politik rasis ke Sarawak,” katanya. Sebelum ini tambah beliau lagi, semua bangsa di Negeri Sarawak bekerjasama dengan baik demi kebaikan dan kestabilan negeri itu.

Namun, katanya, sekarang semua dapat melihat dengan jelas bahawa masyarakat Cina di Sarawak telah menolak kerjasama pelbagai kaum sebagaimana yang mereka tunjukkan pada pilihan raya negeri Sabtu lalu.

Pada masa yang sama Dr Mahathir masih mengucapkan syabas kepada BN, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud kerana mampu mempertahankan majoriti dua pertiga di sebalik kempen-kempen yang dijalankan oleh pembangkang.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online