www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Saturday 9 April 2011

SURUHANJAYA DIRAJA, ANWAR SETUJU. NAJIB TOLAK? KENAPA NAZRI? Masa Untuk Menjadi Anak Jantan Bermula....

Cabaran Umno dan Najib yang mendesak Anwar bersetuju ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kesahihan video seks sudah disambut oleh Anwar. Anwar setuju jika Najib juga setuju membuat perkara yang sama terhaap kes kematian Altantunya Sharibuu  yang diletupkan dengan bom C4. Kes Anwar kecil sahaja kerana ia melibatkan dalan negara sahaja tetapi kes Altantunya merupakan kes besar yang menjadi tumpuan dunia.

PM Najib berani ke? Nazri sila pujuk PM anda supaya menjadi anak jantan jika dia tak bersalah? Ambil DNA najub jika andan berani? Mari kita bandingkan dua kes nwar danNajib ini. Mana yang lebih dahulu layak untuk disiasat Suruhanjaya DiRaja?












PROFIL KE ALTANTUNYA

Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu

Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah kes pembunuhan berprofil tinggi yang berlaku di Malaysia. Di dalam kes ini, seorang rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibunuh secara kejam di kawasan berdekatan Shah Alam, Selangor, Malaysia. Enam orang ditahan dan disiasat berhubung dengan kejadian ini. Kes ini berprofil tinggi kerana ia melibatkan Abdul Razak Baginda, seorang yang rapat dengan perdana menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak.
 
Altantuya Shaariibuu telah dijumpai secara ngeri di lokasi antara lot 12843 dan lot 16735, Mukim Bukit Raja, berdekatan Shah Alam, Selangor di antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. Mayatnya ditemui pada 7 November 2006 iaitu 17 hari selepas dia diletupkan dengan bahan letupan C4.

Lokasi itu berdekatan dengan Empangan Tasik Subang. Beliau merupakan model sambilan dari Ulan Bator, ibu negara Mongolia, utara China. Cebisan mayat Altantuya ditemui bertaburan berhampiran Empangan Tasik Subang di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.

Pakar patologi mengesahkan cebisan mayat itu milik Altantuya dan disyakki dibunuh dengan letupan C4 iaitu probable blast related injuries (kecederaan berkaitan letupan).

Enam orang ditahan termasuk Abdul Razak Baginda Cif Inspektor Azilah Hadri (30 tahun) dan Koperal Sirul Azhar Umar (35 tahun). Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dari Unit Tindakan Khas. Dua lelaki penyiasat persendirian (45 dan 35 tahun ) disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengugut. Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid meluluskan permohonan polis bagi menahan reman dua bekas anggota polis itu dan kini ditahan di Ibu pejabat Polis Kontinjen Malaysia.

Seorang Cif Inspektor dari Unit Tindakan Khas, seorang Lans Koperal wanita dari Kontinjen Polis Petaling Jaya dan seorang konstabel turut ditahan reman 7 hari. Mereka ditahan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kes bunuh.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengesahkan beliau telah meminta bapa, ibu dan anak Altantuya yang menetap di Ulan Bator, Mongolia untuk datang ke Malaysia bagi memberi keterangan dan ujian darah DNA.

Para pegawai pendakwa raya daripada Jabatan Peguam Negara, anggota Jabatan Forensik Bukit Aman serta pegawai Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) membuat pemeriksaan semula di Empangan Subang, Puncak Alam, Shah Alam , Selangor.

Biodata Altantuya

Altantuya Shaariibuu berusia 28 tahun dari Ulan Bator, Mongolia disyaki ditembak mati sebelum mayatnya diletupkan dengan tiga butir bom tangan di Empangan Tasik Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg, Rusia sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China. Dia menguasai bahasa Inggeris, Rusia, Mandarin dan Mongolia.

Altantuya Shariibuu bekerja sebagai guru siswazah dan penterjemah dan jurubahasa di Ulaan Bator. Altantuya Shariibuu juga bekerja dengan beberapa agensi pelancongan dan sebagai model sambilan. Beliau sering ke luar negara selaku model sambilan.

7 / 8 Oktober 2006 Altantuya ke Malaysia bersama adik perempuan dan sepupunya mencari Razak Baginda , bapa kepada bayi lelakinya yang berusia 16 bulan. Anak kecilnya bernama Altanchagai.Altantuya mahukan Razak Baginda membiayai kos rawatan lebihan cecair di kepala Altanchagai.
  • Cif Inspektor Azilah Hadri mulanya dibela oleh Zulkifli Nordin. Tapi, Zulkifli Nordin menarik diri kerana ada campur tangan serius pihak ketiga sewaktu pembelaan dan perbicaraan. Kemudian, peguam Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar dilantik sebagai peguambela Azilah Hadri.
Dr Shariibuu Setev seorang profesor psikologi dan isterinya Altentsetseg Sanjaa (52) tinggal di daerah Bayangol, 19 horoo, Block 56, Apartmen 28, Ulanbaatar, Mongolia .

Razak Baginda

Abdul Razak Baginda dikatakan mempunyai hubungan intim dan sulit dengan Altantuya. Beliau merupakan seorang penganalisis politik yang begitu prolifik di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Analisis beliau tentang isu-isu politik dan pertahanan di Afghanistan, Iraq dan Palestin diterima umum sebagai pendapat atau senada dengan pendapat rakyat Malaysia.

Razak Baginda yang berumur 46 tahun, menjadi ketua institut pemikir tempatan direman selama 5 hari kerana menculik dan berniat mengurung Altantuya. Jika disabit kesalahan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan, beliau boleh dipenjara sehingga 7 tahun dan dekenakan denda.

Rumah Razak Baginda di Bukit Bandaraya dan di Damansara Height digeledah oleh pihak polis bagi mendapatkan sebarang maklumat. Pasport, komputer riba, komputer peribadi dan beberapa barangan peribadi lain telah diambil untuk dianalisis.

Peguam Razak Baginda ialah Datuk Muhammad Shafee Abdullah memantau barang-barang yang diambil oleh pihak polis.

Pada 11 November 2006, Razak Baginda dimasukkan ke Wad Kecemasan , Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat asma dan penimbunan cecair dalam paru-paru selepas mengadu sakit dada.Kini dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari HKL dengan kawalan polis.

Pada 16 November 2006, Abdul Razak Abdullah Baginda dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.Razak didakwa bersubahat membunuh Altantuya, 28, dengan Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Konstabel Sirul Azhar Umar, 35, dari Unit Tindakan Khas (UTK) di pejabatnya di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, No. 148, Jalan Ampang di sini antara pukul 9.54 pagi dan 11.05 pagi, 18 Oktober 2006.

Razak didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama. Jika disabitkan dengan kesalahan, Abdul Razak boleh dihukum gantung sampai mati.
Pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani pada kira-kira pukul 12.47 tengah hari disaksikan oleh ahli keluarga Abdul Razak termasuk ibu bapanya, isteri yang merupakan seorang peguam, Mazlinda Makhzan dan anaknya, Rowina, 19 tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salehuddin Saidin dan Noorin Badaruddin manakala Abdul Razak diwakili dua peguam bela, Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan M. Puravelan.

Reaksi antarabangsa

Media antarabangsa seperti Fuji TV dari Jepun dan Channel News Asia (Singapura) turut membuat liputan.
Kerajaan Mongolia mengarahkan Kedutaan Mongolia di Bangkok, Thailand menghantar surat rasmi bagi mendapatkan penjelasan terpeinci dari Wisma Putra .

Duta Mongolia di Bangkok akan menyerahkan surat daripada kerajaan Mongolia kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail, bersabit kes itu.
Laporan media akan kelihatan subjudis dan menghina mahkamah. Kenyataan media oleh Konsul Kehormat Kedutaan Mongolia di Malaysia Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi boleh menjejaskan proses undang-undang.

Peguam asal Razak Baginda iaitu Datuk Muhammad Shafee Abdullah memohon mahkamah mengeluarkan injunksi bagi melarang kenyataan tanpa wibawa.

Akhbar The New Paper dari Singapura turut mengikuti berita ini. Pihak akhbar tersebut telah menyiarkan 5 halaman termasuk halaman utama tentang kes tersebut pada 18 Jun 2007 apabila kes itu mula dibicara. Akhbar tersebut bukan sahaja melaporkan berita keadaan dalam mahkamah malah turut membuat liputan tentang hal-hal yang berlaku di luar mahkamah. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kes_Pembunuhan_Altantuya_Shaariibuu

ULASAN TERBAIK KES ANWAR OLEH DR.KHIR TOYO

PELAKON ITU BUKAN ANWAR.

1. Tiba-tiba sahaja seluruh negara digemparkan dengan isu video perlakuan seks yang dikatakan menyerupai Ketua Pembangkang, Datuk seri Anwar Ibrahim. Pendedahan ini dibuat oleh seseorang yang meminta beliau dikenali sebagai Datuk T.

2. Datuk T mengadakan sidang akhbar di Carcosa Seri Negara semata-mata untuk mendedahkan sebuah video "lucah" dan mendakwa lelaki yang terbabit dalam video tersebut ialah dato Seri Anwar Ibrahim. Kejadian tersebut dirakamkan pada 21 Februari 2011 tetapi tidak dimaklumkan di hotel mana ia berlaku.

3. Siapakah Datuk T ini? Jika dilihat dari laporan media, tiada siapa pun yang mengenali beliau atau tahu nama sebenar beliau. Ini menimbulkan tanda tanya bagaimana beliau boleh mengenali Anwar dan membantu mencari jam Anwar di dalam bilik hotel tersebut. Kononnya beliau menjumpai video tersebut secara tidak sengaja dalam usaha mencari jam di dalam bilik tersebut.

4. Anwar menafikan bahawa lelaki dalam video tersebut adalah dirinya. Namun apakah penafian tersebut mencukupi kepada umum? Apakah kata-kata Anwar masih dianggap kata-kata yang suci dan bersih? Anwar menyatakan ini taktik jahat BN. Bukankah Anwar sendiri mahaguru segala strategi politik menuduh dan memfitnah ini?

5. Saya tidak menyatakan lelaki dalam video tersebut ialah Anwar atau pun bukan kerana saya belum menontonnya. Cuma cara Anwar mepertahankan dirinya dengan cara melabelkan pendedahan ini merupakan agenda jahat Barisan Nasional menjelang pilihan raya Sarawak sangat klasik dan klise sifatnya.

6. Dengan pengumuman persaraan Tan Sri Taib Mahmud, peruntukan dan penumpuan pembangunan kerajaan kepada Malaysia Timur sejak beberapa tahun lalu, BN mempunyai peluang cerah mempertahankan kerajaan negeri Sarawak. Malahan tindakan Taib Mahmud mengetuai jentera Pilihan raya negeri akan datang merupakan kelebihan besar kepada BN. Justeru BN tidak memerlukan pendedahan video seperti ini untuk melemahkan Pakatan.

7. Saya juga percaya pendedahan ini tidak membabitkan BN. Ini kerana dari segi politik BN, rakyat tidak mengukur keburukan pemimpin politik lawan tetapi menilai kejayaan-kejayaan pemerintahan dalam bidang ekonomi, keselamatan dan pendidikan yang sedang dilaksanakan. Justeru BN tidak memerlukan isu-isu dalam kelambu Anwar untuk menang dalam pilihan raya akan datang.

8. Justeru saya khuatir ialah kemungkinan video sebegini dicipta oleh mereka yang mahu memerangkap BN. Jika BN terlalu ghairah memainkan isu ini dan akhirnya terbukti lelaki tersebut bukan Anwar, maka Anwar akan mendapat kemenangan besar dari segi populariti politiknya.

9. Malahan jika ada lelaki lain yang hampir seiras dengan Anwar mengaku beliau lelaki dalam video tersebut, ia boleh menukar persepsi ramai orang terhadap skandal-skandal Anwar yang lain. Malahan jika terbukti kemudiannya lelaki dalam video tersebut bukan Anwar, maka beliau akan menggunakan isu ini untuk menjustifikasikan segala tuduhan lain terhadap beliau termasuk kes Mahkamah beliau sebagai fitnah dan konspirasi.

10. Justeru apakah kita mahu menolak kemungkinan video ini merupakan satu strategi politik Pakatan membersihkan Anwar? Melihat strategi politik Anwar sejak zaman pelajar dahulu sehingga sekarang, maka kemungkinan ini bukanlah sesuatu yang mustahil.

11. Walau apa pun kebenarannya, masyarakat kita akan terus dihujani dengan perbincangan-perbincangan dalam kelambu yang memalukan ini. Akhbar-akhbar kita akan terus dihiasi dengan cerita-cerita yang malu untuk membenarkan anak-anak kita membacanya.

12. Selain itu, pendedahan video perlakuan seks di hotel ini selepas kes datuk Seri Chua Soi Lek menimbulkan tanda tanya mengenai tahap keselamatan di hotel-hotel di negara ini. Apakah suatu hari nanti perlakukan kita bersama isteri di dalam Hotel juga akan dipindah naik ke dalam internet?

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online