www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Friday 22 April 2011

REAL MADRID TUMPASKAN BARCELONA RANGKUL PIALA RAJA SEPANYOL

VALENCIA, Sepanyol - Real Madrid merangkul trofi pertamanya dalam tempoh tiga tahun dengan penuh dramatik, apabila tandukan Cristiano Ronaldo pada masa tambahan membantu pasukannya menumpaskan seteru utama, Barcelona 1-0 dalam perlawanan akhir bola sepak Piala Raja Sepanyol (Copa del Rey), semalam.

Dengan banyak tuntutan penalti dikemukakan pemain kedua-dua pasukan dalam aksi tegang di Stadium Mestalla, Valencia, Ronaldo bagaimanapun menyumbat gol kemenangan menerusi jaringan padang selepas menanduk cantik sepakan silang Angel Di Maria pada minit ke-103 untuk menamatkan kebuntuan.

Kekalahan itu menafikan hasrat Barca menjulang tiga kejuaraan.

Bagaimanapun Barcelona masih di landasan untuk memburu dua lagi gelaran dengan mendahului saingan La

Liga menerusi lapan mata mengatasi Real, malah akan menentang Real sekali lagi pada separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, 27 April dan 3 Mei.

"Memenangi trofi sentiasa memberikan perasaan yang baik. Saya cuba melakukan kerja sebaik mungkin, saya amat kepenatan sekarang tetapi sangat gembira.

"Kemenangan ini meredakan sedikit ketegangan tetapi masih ada kerja besar yang perlu diteruskan,'' kata jurulatih, Jose Mourinho yang sebelum ini dikritik oleh Presiden Real, Alfredo Di Stefano selepas pasukan itu seri 1-1 dengan Barcelona dalam saingan liga di Bernabeu, minggu lalu.

Mourinho, 48, yang pernah membawa Barcelona menjuarai Piala Raja pada 1997 dan 1998 ketika bertindak sebagai pembantu jurulatih kepada Bobby Robson dan Louis Van Gaal, kini sudah meraih trofi di empat negara berbeza.

Selain Real, dia pernah menjulang Chelsea (England), Inter Milan (Itali) dan juga kelab negara kelahirannya, Portugal, Porto.

"Pada saya, ini adalah perlawanan bola sepak yang hebat. Kami bermain baik menentang pasukan yang hebat,'' ujar Mourinho lagi.

Mourinho memilih untuk tidak menurunkan penyerang dalam kesebelasan utama, sebaliknya jentera serangan mereka diketuai pemain sayap, Ronaldo bersama Mesut Ozil dan Di Maria. - Reuters

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online