www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Wednesday 27 April 2011

RAIS PULA KENA SAMAN, DULU DIA MENYAMAN ORANG

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan, beliau bersedia untuk meneliti dan berhadapan dengan apa jua tuntutan pernyataan saman oleh DAP.


Menurutnya, ia berkaitan dakwaan oleh DAP bahawa beliau telah mengeluarkan kenyataan yang menuduh parti itu menjalankan kempen berunsur perkauman pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10, baru-baru ini.

Jelasnya, Malaysia merupakan negara yang bebas dan sesiapa sahaja mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak lain.

"Menyaman mana-mana pihak memang mudah tetapi harus berasas kepada fakta yang relevan. Saya dapati hajat menyaman saya oleh DAP itu tidak ada justifikasi awam. Apa yang pasti, rakyat akan tahu apa yang telah mereka lakukan.

"Untuk itu, saya bersedia menerima dan meneliti tuntutan pernyataannya (saman),'' katanya ketika ditemui selepas melancarkan Program Penyerlahan Gagasan 1Malaysia di sini, hari ini.

Rais mengulas tindakan DAP yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar jika gagal membuat permohonan maaf kerana menuduh DAP menjalankan kempen berunsur perkauman di Sarawak.

Kata Rais, dalam berhadapan dengan tuntutan saman itu, pihaknya juga mempunyai maklumat yang akan dijadikan rujukan dalam proses perundangan nanti.

Rais kemudiannya menafikan bahawa beliau telah memperkecil-kecilkan pihak tertentu sepanjang melaksanakan kempen pilihan raya berkenaan.

"Dalam konteks pembinaan gagasan 1Malaysia, saya tidak memperkecilkan sesiapa. Saya hanya bercakap soal prinsip iaitu kita jangan terlalu bersikap perkauman dalam setiap nada (ucapan),'' tegasnya

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online