www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Sunday 10 April 2011

PROJEK PUSAT TAK LAKU, TAIB BAWA TUNAI MELALUI LABUAN. Calon PR Akan DiBeli?

"TSUNAMI" politik semakin melandai ke persisiran persada politik Sarawak. PR dilihat telah menguasai DUN Sarawak. Taib dijangka akan membawa masuk tunai melalui Labuan kerana taburan janji projek kerajaan pusat tidak dapat menambat hati pengundi di Sarawak. Najib dan Taib seakan "cacing kepanasan" untuk menahan ledakan tsunami rakyat Sarawak. PR mampu menang di 25 buah kerusi bagi menafikan kuasa majoriti dua pertiga BN di Sarawak malahan pada masa terdekat ini  PR dijangka boleh memenangi 36-47 kerusi bagi memerintah Sarawak. Tiada yang mustahil akan berlaku sepertimana yang berlaku di Selangor.


Mengikut beberapa penganalisi politik menyatakan Taib sudah mula kepanasan dan beliau akan membuat kejutan yang pastinya semata-mata untuk menyelamatkan dirinya. Hakikat yang berlaku jauh daripada gambaran media talibarut BN. Sambutan rakyat kepada kempen calon-calon Pakatan Rakyat amat luarbiasa dan kita amat mengharapkan ianya diterjemahkan dalam bentuk undi.

Menurut penganalisis tersebut, kaum Tionghoa pula, mereka menggelar Taib Mahmud sebagai 'Pai Mow' atau orang yang berambut putih. Mereka enggan menyebut nama Taib, mereka begitu muak dengan Taib dan BN. Dalam mana-mana ceramah Pakatan Rakyat, bila penceramah menyebut sahaja 'Pai Mow' mereka akan bangun menyorak, menunjukkan kebencian terhadap Taib yang begitu tinggi.

Namun di sebalik ini semua, kita harus akui bukan mudah untuk menumbangkan Taib dan BN.
Kerusi Dewan Undangan Negeri ada 71, maknanya hendak mendapat majoriti mudah Pakatan Rakyat harus menang 37 kerusi.

Tetapi segalanya tidak mustahil. Setakat ini diunjurkan' Pakatan Rakyat boleh menang antara 13 hingga 25 kerusi Dun. Jumlah ini sudah cukup untuk menafikan dua pertiga majoriti BN.

Jika jumlah ini diperolehi, ia sudah cukup untuk membuatkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak menarik hand-brake. PRU tidak ada tahun ini, mungkin 2013.

Pada penulis, Pakatan Rakyat harus berfikir lebih jauh kehadapan. Bukan setakat menafikan dua pertiga majoriti, mana tahu rakyat Sarawak berani melakukan perubahan seperti rakan-rakan di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Maka kita harus bersedia untuk menyusun bakal Ketua Menteri yang baru, barisan exco. Dan yang terutama sekali menjaga Adun-Adun supaya mereka tidak dibeli oleh Taib Mahmud.

Kekayaan Taib Mahmud amat luarbiasa. Adik ipar bekas PM British, Claire Rewcastle yang mengendalikan kempen anti-Taib Mahmud di London, mendakwa Ketua Menteri Sarawak itu merupakan antara individu yang terkaya di dunia. Melebihi kekayaan Sultan Brunei dakwanya.

"Siasatan saya mendapati sebahagian harta kekayaan Taib terdapat di London, dalam industri hotel," kata Claire.

Selain daripada di United Kingdom, Taib juga dikatakan mempunyai aset di Amerika Syarikat dan Kanada.

Daripada mana kekayaan beliau diperolehi jika tidak dengan 'merompak' harta rakyat? Beliau dikatakan mempunyai aset puluhan bilion.

ADUN PR YANG MENANG AKAN DIBELI TAIB?

Apa yang kita bimbangkan ialah, hasil daripada kekayaan yang luarbiasa ini, Taib dan BN berkemampuan membeli Adun-Adun Pakatan Rakyat, sebagaimana yang dilakukan oleh Umno, yang membeli beberapa orang 'katak' daripada KeADILan.

Ada kalangan MP di Parlimen mengandaikan, setakat RM10 juta seorang untuk dibeli begitu 'kacang' buat Taib yang kaya raya itu.


Dalam waktu sekarang ini bagaimana duit-duit Taib dari luar negeri hendak dibawa masuk? Ada sumber mendakwa, kemungkinan duit-duit kotor ini akan dibawa masuk melalui Labuan, dibawa ke Sabah dan melalui jalan darat ke Limbang.

Labuan dikenali sebagai kawasan International Offshore Financial Centre. Walaupun ia gagal dijadikan lokasi pengurusan dana kewangan pesisir antarabangsa, namun ia boleh digunakan sebagai laluan keluar masuk wang tunai dari luar negara.

Pada waktu ini sukar untuk dikesan bagaimana wang-wang untuk merasuah rakyat bagi mengundi BN dibawa masuk. Mungkin selepas ini MP Pakatan Rakyat boleh mengusulkan di Parlimen, untuk dilakukan siasatan dan kajian yang mendalam.

Kita harus meragui segala kemungkinan kerjasama antara Ketua Menteri Sarawak, PM, Menteriu Kewangan dan Bank Negara dalam membawa masuk wang-wang haram ini.

Apa pun kita harus memuji keberanian rakyat Sarawak yang gigih melawan arus sogokan daripada BN. Rakyat Sarawak sudah memberi pukulan pertama kepada BN, iaitu tiada kerusi dimenangi secara percuma (menang tanpa bertanding), seperti pilihan raya sebelum ini.

 
Ayuh seemua rakyat Sarawak, jangan biarkan tanah air kamu dijajah dan dijarah Taib dan keluarganya. Selamatkan semua harta dan tanah milik rakyat, berikanlah undi buat PR demi kesinambungan hidup rakyat. Selamatkan Sarawak dari Taib dan kroninya.

 

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online