www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Wednesday 13 April 2011

NAJIB KENA SAWAN DI SARAWAK, TAJOL HISTERIA NGIDAM JAWATAN MB PERAK?

BN yang kepanasan akibat serangan sawan tsunami politik pek mo di Sarawak, tiba-tiba Perak pula terkena santau yang berkemungkinan datang dari Sarawak. Patutlah Tajul Rosli dipecat dari jawatan MB Umno Perak sebab memang dia ni bodoh orangnya dalam seni silat terajang politik negara. Najib dan Muhyiddin terkapai-kapai serangan sawan tiba-tiba Tajul buat lawak antarabangsa di Perak.

Rupa-rupanya Umno Perak juga terkena sawan dengan tidak semena-mena menyatakan bahawa Barisan Nasional percaya ia mampu mengekalkan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan menang 34 kerusi jika DUN dibubarkan hari ini.

ADUN Lenggong, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali (kanan), ketika membentangkan usul terima kasih titah diraja, berkata BN telah “menjalankan analisisnya sendiri” dan jika pilihan raya umum diadakan tidak lama lagi, prestasi BN Perak akan lebih baik daripada 2008.

Dalam pilihan raya umum Mac 2008, Umno menang 27 daripada 34 kerusi yang ditandinginya, manakala MCA menang ia satu kerusi, menyebabkan ia gagal mendapat majoriti mudah di DUN Perak.

Parti pembangkang DAP pula menang semua 18 kerusi yang ditandinginya, manakala PKR menang tujuh kerusi dan PAS menang enam kerusi. Berikutan itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) menjadi menteri besar Perak.

Bagaimanapun, tiga ADUN Pakatan Rakyat telah keluar parti mereka menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong BN, dan sekaligus mencetuskan krisis perlembagaan di negeri tersebut.

Kerajaan negeri Pakatan kemudiannya digulingkan dan diambilalih oleh BN yang melantik Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar.
Tajol ni orang pencen  jadi dinasihatkan kepada beliau janganlah membuat lawak bodoh, orang dok sibuk bercerita pasal kepayahan Najib untuk mempertahankan Taib di Sarawak, dia pulak melalut tak tentu pasal. Yang peliknya si Zamry Kadir tak cakap apapun pun, agaknya si Tajol ni ngidam semula jawatan MB Perak ke. YB Idham Lim sila jawab.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online