www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Friday 29 April 2011

NAJIB GUNA PORNOGRAFI PERTAHAN KUASA : ANWAR IBRAHIM

  
KUALA LUMPUR, 28 April:Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pihak polis terlibat 'memberi perlindungan' kepada penyebar video lucah yang mengaitkan dirinya.
Bercakap kepada media selepas disoal siasat di IPD Dang Wangi hari ini beliau berkata, agak mustahil video itu boleh disebar termasuk bahagian kedua semalam dalam Youtube.
"Mana ada dlm negara ini orang boleh terang-terangan sebar video tanpa sebarang tindakan kalau polis tak lindungi," katanya.
Tambahnya, dalam kes 'mata lebam' dahulu juga, bekas ketua pegawai penyiasat kes tersebut, Datuk Mat Zain Ibrahim dalam tulisannya kepada Ketua Polis Negara, mengakui beberapa video lucah yang dikaitkan adalah melibatkan sumber polis.
Selain polis, beliau juga mendakwa Umno turut terlibat di sebalik penyebaran video tersebut.
"Peras ugut saya dan Azizah meletak jawatan. Motif politik Umno itu jelas ada.
"Ternyata pemimpin Umno terdesak. Datuk Seri Najib harus menjawab kenapa jenayah dan pornografi itu menjadi strategi beliau terpenting mempertahankan kuasa beliau dan Rosmah dalam negara ini.
"Dan menggunakan beberapa orang termasuk Agendadaily, Utusan untuk menjadi perkakas murahan untuk menyebarkan jenayah yang begitu kotor dan jijik dan menghina orang dan maruah keluarga," ujarnya.
Diatanya desakan pihak tertentu agar beliau bersumpah, beliau berkata perkara itu perlu dirujuk kepada Mahkamah Syariah.
Pada masa sama  beliau turut menyelar Utusan dan TV3 dan AgendaDaily yang dakwanya menjadi perkakas Umno BN menyuburkan fitnah.
Terdahulu, Anwar Ibrahim hadir ke IPD Dang Wangi untuk dirakam kenyataan berhubung laporan polisnya berkaitan video seks yang ditayangkan di Hotel Carcosa Seri Negara, bulan lalu.
Beliau yang berbaju kameja biru berkot kelabu cair dilihat tiba kira-kira jam 2.50 petang.
Turut menemani beliau hari ini adalah isteri dan anaknya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah serta peguamnya, R.Sivarasa Rasiah.
Ini adalah kali kedua Anwar akan memberi kenyataan berhubung perkara tersebut selepas kali pertama 22 Mac lalu apabila beliau membuat laporan polis selepas video yang memaparkan aksi seks seorang lelaki, ditayangkan di hotel mewah itu pada 21 Mac lalu.
Anwar telah pun menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau.
Beliau berkata, penayangan video berkenaan merupakan konspirasi yang pasti melibatkan golongan atasan.
Beliau juga mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengetahui mengenai video lucah itu.
Selain peguam, turut mengiringi beliau adalah Naib Presiden PKR, N Surendran, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Penerangan PKR Lateefa Koya.
www.harakahdaily.net



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online