www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Friday 29 April 2011

MUFTI TEGASKAN POCO-POCO TETAP HARAM KERANA SOKONG PEMUJAAN NABI ISA


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tetap mempertahankan fatwanya berkaitan pengharaman tarian poco-poco walaupun muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan ia masih boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. 



Beliau berkata, walaupun tarian itu diubah suai untuk tujuan senaman dan tidak menjolok mata, penggunaan namanya memberi gambaran seolah-olah umat Islam menyokong upacara pemujaan Nabi Isa yang diamalkan kaum pribumi Jamaica menerusi tarian.


Katanya, adalah tidak wajar menggunakan perkataan poco-poco walaupun tarian itu diubah suai sekalipun dengan niat baik kerana ia boleh memesongkan akidah umat Islam secara tidak sengaja.


“Saya sedar apa yang saya sebut (mengenai poco-poco) tidak digemari banyak pihak, tetapi saya menjalankan kewajipan sebagai mufti untuk menegur apa jua kesalahan berkaitan. 



“Saya tak kisah dianggap sebagai mufti kontroversi dan akan terus menunaikan amanah Allah bagi menyampaikan dakwah kepada seluruh umat Islam,” katanya pada majlis makan malam bersama 150 pemimpin korporat dan agensi kerajaan anjuran ESQ Leadership Centre di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini, malam kelmarin. 



Harussani berkata, fatwa itu dibuat selepas menyemak takrif dan asal usul tarian poco-poco yang dikemukakan Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perak. 


Mengulas mengenai tarian itu, beliau berkata, poco-poco adalah satu bentuk pemujaan Nabi Isa yang disampaikan mubaligh Kristian ke seluruh pelusuk dunia sejak ratusan tahun lalu. 


Katanya, ajaran Kristian turut berkembang di Afrika dan pribumi Jamaica telah mengadaptasi pemujaan itu dalam bentuk tarian tradisional mereka. 



Beliau berkata, poco-poco yang ditakrifkan sebagai ‘menerima rahmat Jesus’ berkembang ke Filipina dan Indonesia sekali gus diserapkan dalam tarian biarpun liriknya sudah tidak berunsur pemujaan.



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online