www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday 26 April 2011

LELAKI Y ANWAR? KATA PENDAKWA BUKAN HAKIM. SIAPA PULA PEREMPUAN Y?

Profil DNA sperma diperoleh daripada badan Saiful sepadan sampel dari lokap

KUALA LUMPUR: Persoalan berhubung identiti Lelaki Y yang air maninya ditemui dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan, terjawab semalam apabila Mahkamah Tinggi diberitahu ia adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dalam hujahnya, berkata profil DNA air mani Lelaki Y itu berpadanan dengan profil DNA yang diperoleh daripada berus gigi putih, tuala kecil Good Morning dan botol plastik air mineral Cactus yang diambil daripada lokap tempat Anwar ditahan semalaman pada malam 16 Julai 2008.

Beliau berkata, apabila Anwar dibebaskan keesokannya, dia adalah tahanan terakhir ditahan di lokap Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur (IPK) dan disahkan satu-satunya individu yang ditahan di situ sebelum tiga barangan itu diambil oleh pasukan forensik.

Katanya, saintis forensik yang juga Ketua Unit Jenayah Berat, Bahagian DNA Divisyen Forensik Jabatan Kimia Malaysia (JKM), Dr Seah Lay Hong dalam keterangannya mengesahkan kesan air mani mengandungi sperma diambil melalui tiga calitan daripada dubur luar dan dalam Mohd Saiful, berasal daripada sumber sama.

Beliau berkata, Ketua Unit Paterniti DNA Divisyen Forensik JKM, Nor Aidora Saedon yang diminta menjalankan ujian perbandingan kemudian mengesahkan profil DNA diperolehnya melalui tiga barangan itu berpadanan dengan profil DNA Lelaki Y.

“Sehubungan itu, jelas bahawa pihak pendakwaan tanpa ragu-ragu lagi berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh untuk dipanggil membela diri,” katanya ketika mengemukakan hujah kes pendakwaan semalam.

Mohd Yusof juga berkata, keterangan tiga pakar HKL, iaitu Dr Mohd Razali Ibrahim, Dr Siew Sheue Feng dan Dr Khairul Nizam Hassan, bahawa berdasarkan kepada sejarah Mohd Saiful dan calitan diambil daripada duburnya menunjukkan kemasukan zakar berlaku seperti yang diceritakannya.

Beliau berkata, keterangan Sheue Feng menunjukkan calitan yang diambil daripada bahagian dubur itu mengandungi kesan air mani, yang bermakna organ lelaki bertemu dengan bahagian dubur, sekali gus menunjukkan berlaku kemasukan apabila meninggalkan sperma di bahagian itu.

”Daripada keseluruhan bukti dikemukakan setakat ini, adalah penting bahawa pihak pendakwaan sudah mengemukakan bukti mencukupi bagi menunjukkan ada kemasukan dalam dubur Mohd Saiful. Ini cukup untuk membolehkan tertuduh dipanggil membela diri dan jika memilih untuk mendiamkan diri, maka di perlu disabitkan kesalahan,” katanya.

Mengenai kegagalan Mohd Saiful memberitahu pemilik kondominium berhubung kejadian itu, membuat laporan polis pada hari sama atau melarikan diri ketika tertuduh ingin mengambil kesempatan terhadapnya, mahkamah diberitahu, ia tidak bermakna kejadian liwat tidak berlaku.

Beliau berkata, ada lebih penjelasan daripada kegagalan itu, antaranya akibat rasa takut sehingga tidak boleh menolak kerana tertuduh adalah majikan dan seorang yang dikagumi serta layanan istimewa yang diterimanya.

”Mohd Saiful dalam keterangannya ada menemui beberapa individu, antaranya bekas Setiausaha Politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd Noor, bapa saudaranya, Tuah Mohd Alip dan kenalan keluarga Datuk Mumtaz Begum Abdul Jaafar tetapi dinasihatkan tidak membuat laporan polis dan perlu diingatkan beberapa individu di unit kondominium bersebelahan ketika kejadian adalah rakan tertuduh.

”Berdasarkan kepada fakta dan situasi itu, kegagalan mangsa melarikan diri atau mengadu mengenai kejadian perlu difahami dan ia tidak menjejaskan kredibiliti sehingga menyebabkan keterangan beliau tidak boleh diterima,” katanya.

Mohd Yusof juga menegaskan keterangan melalui rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan imej jelas mangsa dan kehadirannya di kondominium ketika kejadian liwat didakwa berlaku mengukuhkan lagi keterangan beliau.

Katanya, selain berpeluang melakukan kesalahan liwat itu, rentetan kejadian mendedahkan ‘mens rea’ (elemen jenayah) tertuduh apabila meminta mangsa membincangkan hal kerja di kondominium sedangkan ia boleh dilakukan di pejabat.

Beliau berkata, Mohd Saiful juga diminta membawa pelincir ‘KY’ ke kondominium itu walaupun tiada alasan baginya berbuat demikian kerana mesyuarat hanya membincangkan jadual kerja.

”Adalah penting diingatkan bahawa keterangan Mohd Saiful memberikan cerita lengkap bermula daripada pertemuan pertama dengan tertuduh kepada pekerjaannya sebagai pembantu peribadi sehingga kejadian diliwat pada 26 Jun 2008. Keterangan Mohd Saiful bahawa persetubuhan di luar tabii itu berlaku atas permaidani atas lantai di bilik tidur utama beralaskan tuala menggunakan pelincir jenama KY, juga tidak disangkal sama sekali oleh peguam tertuduh,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online