www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Monday 4 April 2011

LAYAKKAH MAT SABU JADI TIM.PRESIDEN PAS? Penarik Beca Pasti Tersenyum.....

Jawapan ada ditangan perwakilan PAS, jika Mat Sabu layak maka undilah dia jika tidak buatlah pilihan lain. Bukan soalan layak atau tidak layak tetapi Mat Sabu sudahpun menawarkan diri bagi merebut jawtan Timbalan Presiden PAS maka sudah pastilah beliau telah mengukur baju dibadan sendiri. Jika bukan Ust Nasha atau Datuk Husam atau Ust. YAB Azizan atau Datok Tuan Ibraim menjadi pilihan anda maka Mat Sabu lah calon terbaik untuk bergandingan dengan Dato Seri Presiden mengurustadbir PAS untuk dekad yang akan datang.

Buat Mat Sabu dan calon-calon yang bertanding kelak, jagalah adab dalam pertandingan, janganlah sentuh masalah  peribadi, jangan upah para blogger untuk mnghentam calon lain tanpa susila yang baik, jangan salahgunakan kuasa dan pangkat, jangan menghina sesama calon dan penyokong, jangan salah-menyalah antara satu sama lain, jangan dan jangan lakukan itu semua. Tawarkanlah diri anda secara anak jantan dan tawarkan khidmat dan jiwa anda untuk PAS semuanya kerana Allah Taala kerana jika anda menang maka akan terpikul amanah dan tanggungjawab yang amat berat dibahu anda untuk dilaksanakan.

Beginilah laporan dalam Malaysiakini, seperti diduga, bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu secara rasmi menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada Jun ini.

Katanya, antara tujuan utama beliau menawarkan diri sekali lagi untuk bertanding adalah bagi membantu presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegakkan keadilan Islam khasnya di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

“Saya juga mahu membantu presiden untuk memobilasi demokrasi dan kefahaman tentang demokrasi kepada rakyat supaya mereka memilihnya untuk diamalkan di Malaysia,” katanya kepada Malaysiakini selepas menyampaikan ceramah di Subang Jaya malam semalam.

Menurutnya, selain itu, beliau juga mahu membantu Abdul Hadi bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat dengan mengukuhkan kerjasama parti dengan ahli gabungan dalam Pakatan dan juga NGO.

Katanya, memperkukuhkan Pakatan dapat diterjemahkan melalui melaksanakan “tindakan politik bersama-sama untuk kepentingan rakyat”.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata antara program yang beliau dapat memberikan khidmat kepada parti adalah melalui Himpunan Bersih.
Mantapkan Majlis Syura

Sehubungan itu, Mohamad berjanji akan cuba “mempergiatkan lagi” berfungsi sebagai timbalan presiden sekiranya dipillih menjadi orang nombor dua dalam parti itu.

Selain itu, katanya, beliau juga mahu mempermantapkan Majlis Syura supaya “betul-betul berfungsi” khususnya dalam soal menjaga displin dan mempertahan dasar parti.

Dalam
pemilihan PAS dua tahun lalu, Mohamad tewas kepada penyandangnya Nasharuddin Mat Isa dan bekas naib presiden Datuk Husam Musa dalam persaingan tiga penjuru.

Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad memperolehi 261 undi.

Mengulas mengenai jumlah percalonan kawasan yang diterimanya setakat ini, Mohamad berkata, beliau belum membuat tinjauan menyeluruh berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, beliau ada mendengar beberapa kawasan “memohon” kepadanya supaya bertanding jawatan tersebut pada muktamar parti yang dijadual berlangsung pada 3 hingga 5 Jun ini.

“Keputusan akhir (untuk bertanding) bergantung kepada sokongan yang diterima... Ada kawan-kawan memberi galakan (untuk bertanding),” katanya.

Ibu pejabat parti menetapkan semua 179 kawasan membuat pencalonan dalam mesyuarat agung tahunan masing-masing bagi memilih pucuk pimpinan parti sehingga 10 Mei ini.

Setakat ini Mohamad mendapat satu pencalonan untuk bertanding bagi jawatan itu dari kawasan
Kubang Kerian yang diketuai oleh exco kanan kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa.
'Saya sahaja...'

Namun, Mohamad dijangka tidak menghadapi masalah apabila beberapa lagi kawasan PAS di Wilayah Persekutuan dijangka akan mencalonkan beliau - antaranya di Batu, Kepong, Bukit Bintang dan Putrajaya.

Ditanya sama ada terdapat pimpin PAS lain yang akan mencabarnya merebut jawatan itu, Mohamad enggan mengulas lanjut.

“Saya kira (pencalonan) saya sahaja. Dalam PAS, ada adab berkempen (bagi individu) yang menawarkan diri... Saya tidak mahu menyentuh (hal) orang lain,” katanya.

Ditanya sama ada beliau takut sekiranya terdapat pemimpin tertentu dalam parti mahu mencabarnya, Mohamad berkata ia adalah perkara biasa dalam permilihan parti.

“Saya biasa dicabar dan mencabar. Saya biasa memegang jawatan ketua pemuda, naib presiden dan kalah merebut timbalan presiden.

“Bagi saya kalah atau menang, saya tetap hadir (dalam muktamar) sebagai pejuang parti dan jamaah,” tegasnya.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, ada sumber memberitahu Malaysiakini sekurang-kurangnya 10 daripada 22 kawasan di Selangor akan mencalonkan Mohamad merebut jawatan timbalan presiden.

Bagaimanapun sumber itu enggan mendedahkan kawasan mana yang bakal mencalonkan Mohamad yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Menurut sumber itu lagi, beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat kawasan yang akan mencalonkan penyandangnya Nasharuddin dan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk jawatan yang sama.

P/s.  Semua pimpinan yang bakal dicalonkan oleh kawasan-kawasan bagi merebut jawatan bagi pelbagai peringkat, jika anda bersetuju maka masuklah medan pertandingan dengan cara yang sihat, menjaga adab dalam sebagai ahli jaamaah Islam, mengawalselia penyokong supaya berhemah dalam semua tindakan dan akhirnya selalulah bermuhasabah adakah anda layakmemikuljawatan tersebut jika anda menang kelak. Pasang niat semua kerana Allah.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online