www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday 26 April 2011

KES SAMAN UMRAH HIJJAZ SELESAI. WANG DIPULANGKAN

“Apa yang saya mahukan hanyalah supaya wang kami dikembalikan,” kata peguam, Hermes Media Putra Ibrahim selepas sebuah agensi pelancongan diterajui anggota kumpulan nasyid popular bersetuju mengembalikan wang pakej umrah dirinya, isteri dan anak mereka.

Hermes Media Putra, 45, ketika ditemui berkata, beliau berharap pengguna lain dapat mengambil pengajaran supaya tidak mudah terpesona dengan sebarang tawaran yang membabitkan individu popular. “Jangan cepat terpedaya dan selidik dulu latar belakang sesebuah syarikat,” katanya.
 
Beliau berkata, walaupun ada sedikit rasa terkilan apabila kes itu mengheret nama penyanyi nasyid pujaan ramai, pihaknya lega kerana ia akhirnya dapat diselesaikan. “Bayangkan semua persiapan sudah dibuat, cuti sudah diambil, tetapi diberitahu pada saat akhir tidak dapat ke Tanah Suci? “Mujur saya berkemampuan untuk membayar kepada agensi lain. Bagaimana jika ia berlaku kepada orang yang tidak mampu?” katanya.

Pada 8 Oktober tahun lalu, Hermes Media Putra (plaintif) memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Majistret di sini terhadap Hijjazlegend Travel & Tours Sdn (Hijjazlegend) Bhd (defendan) bagi menuntut RM14,070 untuk diri, isteri dan anaknya.
Wang itu adalah bayaran pakej umrah yang ditawarkan Hijjazlegend bagi dirinya, isteri dan seorang anak mereka, yang sudah dibayarnya pada 2 April 2010.

Dalam penyata tuntutan itu, plaintif mendakwa defendan gagal membuat pembayaran kepada sebuah lagi agensi pelancongan, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia), yang sepatutnya mengendalikan pakej umrah mereka.

Ekoran kegagalan defendan itu, plaintif dan isteri serta anak mereka dimaklumkan pada 15 Mei 2010 oleh Andalusia bahawa penerbangan mereka yang dijadualkan berlepas pada 16 Mei 2010, terpaksa dibatalkan.
Plaintif dalam permohonan samannya menyebut, beliau beberapa kali cuba menghubungi syarikat itu dan pegawainya melalui telefon tetapi cubaannya gagal.

Berikutan itu, plaintif membuat laporan polis pada 15 Mei tahun lalu dan mengeluarkan wang sendiri untuk dibayar kepada Andalusia Travel & Tours memandangkan segala persiapan untuk mengerjakan umrah sudah dibuat.

Plaintif memberitahu, sebaik pulang dari umrah, beliau beberapa kali cuba menghubungi defendan untuk menuntut wang berjumlah RM14,070, tetapi defendan gagal, enggan dan ingkar untuk membuat sebarang pembayaran, walaupun plaintif menghantar dua surat tuntutan bertarikh 31 Mei dan 7 Jun tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Kumpulan Hijjaz, Isman Nadim Isam ketika dihubungi memberitahu, pihaknya memohon maaf terhadap segala kesulitan yang dialami plaintif dan keluarganya berikutan kes itu. Beliau yang juga salah seorang pengarah di Hijjazlegend berkata, segala urusan pembayaran akan diuruskan menerusi peguam mereka seperti yang sudah dipersetujui kedua-dua pihak semalam.

“Pakej umrah itu ditawarkan dengan harga murah dan apabila ada masalah yang tidak dapat dielakkan, kami tidak dapat melunaskan apa yang ditawarkan dalam pakej itu. “Ini adalah kesilapan dalaman syarikat dalam melaksanakan strategi perniagaan,” katanya.

Pada prosiding semalam, Isman tidak hadir dan hanya diwakili peguamnya, Mohd Irwan Mohd Mubarak. Sebelum ini, pada 23 November tahun lalu, Hijjazlegend diarahkan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Alor Star untuk membayar RM24,000 kepada enam bakal jemaah umrah selepas agensi itu membatalkan pakej umrah mereka.

1 comments:

datuk on 7 June 2011 at 15:40 said...

Nak tanya...duit diaorang dah bayarke? Mereka yang pergi tribunal tu pun dah dapat balik duit ke?

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online