www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday 26 April 2011

KES LIWAT CUMA FANTASI? SAIFUL TIDAK IKUT SKRIP DAN BERBOHONG

Peguam pertikai kredibiliti Mohd. Saiful Bukhari. Peguam Karpal Singh hari ini menghujahkan bahawa Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar, tidak pernah menggunakan peluang yang ada untuk melarikan diri semasa kejadian itu berlaku, tiga tahun lalu.


Karpal berkata, walaupun keterangan pemuda itu di mahkamah menyatakan kejadian tersebut berlaku tanpa kerelaan tetapi dia didakwa mematuhi segala yang diarahkan oleh Anwar semasa aksi seks itu dilakukan selain tidak memperlihatkan sikap yang dia telah menjadi mangsa liwat.

Ini, katanya, dapat dilihat daripada tindakan pengadu yang turut sama makan karipap dan minum kopi di unit kondominium itu selepas kejadian, tidak terus mendapatkan pemeriksaan doktor malahan menghadiri majlis Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada keesokan harinya.

Oleh itu, katanya, walaupun pihak pendakwaan dalam hujah pembukaannya tidak merujuk kepada kerelaan pada pihak Mohd. Saiful Bukhari tetapi pengadu dalam keterangannya di mahkamah serta laporan polisnya menyatakan ia berlaku tanpa kerelaan.

''Adalah dihujahkan bahawa dalam keadaan sedemikian, pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan (dengan kerelaan) yang dihadapi oleh tertuduh tidak boleh disokong oleh keterangan saksi pendakwa pertama (Mohd. Saiful Bukhari) yang menyatakan bahawa apa yang didakwa berlaku antaranya dan tertuduh adalah tanpa kerelaan,'' katanya.

Menurutnya, ekoran terdapat percanggahan tersebut, Mohd. Saiful Bukhari didakwa telah berbohong dalam keterangannya dan boleh dituduh di bawah Seksyen 195 Kanun Keseksaan.

Ujar Karpal lagi, adalah penting untuk mahkamah mempertimbangkan kredibiliti saksi itu sebelum menerima atau menolak keterangannya, sambil mengingatkan mahkamah agar tidak mengulangi kesilapan dalam kes liwat pertama Anwar melibatkan bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar, hampir 10 tahun lalu.

Dalam kes tersebut, katanya, hakim Mahkamah Tinggi telah menerima keterangan pengadu berkenaan tetapi akhirnya tetap ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

Sementara itu, peguam Ramkarpal Singh menghujahkan bahawa kedua-dua ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon yang menganalisis asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes itu, didakwa bersikap berat sebelah dan menggunakan pendekatan yang tidak objektif.

Menurutnya, adalah tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada penemuan kedua-dua pakar itu memandangkan keterangan mereka penuh dengan keraguan dan butiran saintifik yang tidak dijelaskan.

Selain itu, katanya, terdapat kemungkinan bahawa bahan-bahan bukti yang diterima oleh kedua-dua saksi tersebut telah tercemar dan wujud elemen penurunan (degradation) dalam sampel-sampel DNA yang diperoleh.

Turut berhujah ialah peguam Sankara Nair yang antara lain mendakwa bahawa tiada gel pelincir, KY Jelly digunakan dalam kejadian liwat itu atas alasan ia hanya ditimbulkan setelah doktor-doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa pengadu dalam laporan mereka menyatakan bahawa tiada penetrasi berlaku.

Barisan peguam bela itu dengan itu memohon Anwar dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online