www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Monday 18 April 2011

DS KHALED NORDIN PERSENDA ALI RUSTAM SAMBUNG PELAJARAN

Mungkin niat dia baik tetapi nampaknya macam menyindir kebanyakan pemimpin Umno yang bergelar Ahli Parlimen (MP) atau ADUN. Yang mungkin paling terasa ialah Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam yang mungkin paling wajib untuk menyambung pelajaran supaya lebih tinggi dari SPM yang beliau ada sekarang. Moga niat baik Khaled Nordin mendapat sambutan positif dari semua MP dan ADUN sama ada kerajaan dan pembangkan sebab mungkin mereka akan diberikan biasiswa sesuai dengan jawatan mereka yang sangat penting keada rakyat.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyaran supaya lebih ramai wakil rakyat melanjutkan pelajaran hingga ke pasca siswazah supaya dapat memainkan peranan lebih berkesan kepada rakyat.

Beliau berkata, ia sekaligus dapat memberi teladan yang baik kepada rakyat untuk membudayakan ilmu sepanjang hayat tanpa mengira usia di samping ia dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran wakil rakyat dalam karier masing-masing.

"Tetapi tidak semestinya semua wakil rakyat mesti melalui benda yang sama (melanjutkan pelajaran). Kalau ada di kalangan mereka yang ingin meningkatkan ilmu, kita mengalu-alukan kerana ia selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berasaskan pengetahuan dan inovasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Khas Pasca Siswazah untuk Ahli Parlimen yang dikendalikan Universiti Utara Malaysia (UUM).
Beliau turut menyerahkan surat tawaran melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) kepada Ahli-ahli Parlimen.— Bernama

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online