www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Wednesday 27 April 2011

DATUK T SERAH DNA KEPADA POLIS, SIAPA SURUH? PELAN B MUSNAHKAN ANWAR KINI BERMULA

Kenapa tiba-tina Datuk Shazryl Eskay Abdullah, - seorang daripada anggota 'Datuk T' yang terbabit dalam menayangkan video seks telah memberikan sampel DNA miliknya kepada Polis? DNA bagi tujuan apa? Siapa yang panggil dia ke Bukit Aman? Awas, perangkap Anwar mula dipasang...! Kenapa tak serah awal lagi? Perangkap buat Anwar memasuki "PELAN B".

Dulu dia kata perempuan tu seorang pelacur tapi polis kata seorang pelajar kolej swasta, siapa betul? Dulu dia kata buat di hotel tapi polis kata buat di apartment, siapa yang betul? Semua ini merupakan jalan-jalan jahat untuk memerangkap Anwar, tak percaya tengoklah sdiang media beliau esok, pasti ada yang menggemparkan politik tanah air.

"Saya dipanggil pagi ini untuk disoal-siasat lanjut dan saya secara sukarela menyerahkan sampel DNA,” katanya.

NONEEskay, yang ditemui hari ini di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, berkata beliau juga ditanya mengenai beberapa soalan yang 'relevan dengan kes berkenaan'.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan soalan mahupun jawapan yang diberikan, sekadar memberitahu ia bagi 'memperkuatkan kes itu'.

Eskay juga tidak mahu menjelaskan mengapa beliau perlu memberikan sampel DNA kepada polis.

Ahli perniagaan itu tiba di ibu pejabat polis pada jam 10 pagi ini dan beredar pada kira-kira jam 1.15 tengahari.

"Saya akan jawap semua soalan pada sidang akhbar esok. Saya hubungi awak hari ini untuk memaklumkan bahawa saya secara sukarela memberikan DNA saya... awak tahu, saya selalu berikan kerjasama,” katanya sambil tersenyum.

Eskay, bekas ketua menteri Melak, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim pada 21 Mac lalu menayangkan sebuah pita video seks kepada wartawan terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara.

Video selama 22 minit untuk memamaparkan aksi seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, yang dipercayai seorang pelacur.

Pakatan Rakyat wajib memenangi PRU13 untuk membebaskan Anwar. Tiada cara lain, selamatkanlah Malaysia daripada penguasa yang zalim dan perasuah.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online