www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Monday 18 April 2011

BLOGGER Sabahkini.net DI SAMAN RAIS YATIM. Berbaloikah Menjadi Bloggers ?

 

Rais Yatim mengganas lagi, kini bloggers Sabahkini.net menjadi mangsa saman beliau. Kenapa Rais begitu berani menyaman para bloggers? Adakah kerana beliau seorang Peguam yang memang menjadi kerjanya sebelum ini? Apapun, apa pendapat para bloggers mengenai isu saman ini? Sudahle bloggers ni tak bergaji tetap, kena saman lagi?

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim telah menfailkan satu lagi saman fitnah terhadap penulis blogger Sabahkini.net, Abdul Mutalib Mohamed Daud untuk menuntut ganti rugi dan injunksi setelah mendakwa difitnah dalam beberapa siri artikel antara 1 dan 7 Januari lalu.

Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman Tetuan Shahabudin dan Rozima di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu.

Dalam pernyataan tuntutan, Rais berkata, defendan pada 1 Januari lalu telah menerbitkan artikel berunsur fitnah bertajuk 'Pak Lah halalkan rogol, UMNO halalkan zina?' dan 'PKR cabar
Rais sumpah laknat' dipaparkan pada 3 Januari lalu.

Sementara pada 5 dan 7 Januari berjudul 'Rais Yatim seperti belut' dan ‘Video pengakuan rakan Robe Ngah' di http://sabahkini.net/v1 bersama gambar plaintif. Peguam Norhani Nordin mewakili plaintif memberitahu pemberita, pengurusan kes itu akan didengar pada 6 Mei ini. - Utusan



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online