www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Wednesday 27 April 2011

AZMIN TIDAK TAHAN...........JANGAN JADI JAGUH KAMPUNG...!

Selepas tiga hari mengunci mulut meskipun ‘diserang’ secara terbuka oleh Azmin Ali ekoran kenyataan kontroversinya, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali akhirnya membalas balik kritikan tersebut.

Beliau menyifatkan Azmin walaupun berjawatan sebagai Timbalan Presiden dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi tidak mempunyai ketahanan politik sebagaimana mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Kata Mustafa, Azmin sekarang berada dalam keadaan yang sangat tertekan, maka bukanlah sesuatu yang menghairankan jika orang nombor dua PKR itu sering kali melenting secara berlebihan apabila berhadapan dengan sesuatu isu.

“Saya sebenarnya tidak terlalu mengambil kisah mengenai apa yang dikatakan oleh Azmin dalam laman Twitternya. Dia seorang pemimpin yang berada dalam keadaan yang sangat tertekan dan pada masa yang sama tiada ketahanan.

“Walaupun Azmin adalah Timbalan Presiden PKR tetapi dia tidak mempunyai ketahanan seperti Anwar dan Wan Azizah.

“Sepatutnya Anwar yang tertekan kerana tuduhan ini (video seks) dilemparkan terhadapnya, tetapi saya pelik kenapa Azmin pula yang terlebih tertekan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas kritikan terbuka Azmin yang berang apabila hampir keseluruhan media melaporkan kenyataan Mustafa bahawa Pas akan membuat ketetapan baru selepas siasatan terhadap video seks itu selesai.

Azmin dalam Twitternya dipetik sebagai berkata: “Apakah benar Mustafa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan (PKR) dan DSAI (Anwar)? Rakyat tuntut penjelasan.

“Pimpinan perlu akur (dengan) kerangka besar agenda bersama pakatan rakyat. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian.”

Ditanya mengapa mengambil masa selama tiga hari untuk membalas kenyataan Azmin, jelas Mustafa, selaku Setiausaha Agung Pas, beliau tidak mahu menambah lagi tekanan kepada Timbalan Presiden PKR itu.


“Dia kawan kita, jadi kita tidak mahulah tambah beban dia,” ujarnya.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online