www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Monday 25 April 2011

ALI RUSTAM HUTANG RM587 JUTA HANYA BAYAR RM3 JUTA. Melaka Akan Muflis...!


Dahsyat sungguh kebodohan Ali Rustam membuat hutang kerajaan Negeri Melaka pada kerajaan Pusat. Pada tahun 2009 sahaja hutang Melaka telah mendadak naik menjadi RM587 juta. Apa yang melucukan pada tahun 2009, Ali Rustam hanya mampu membayar hutang hanya sebanyak RM 3juta sahaja. Kalau ditolak ada baki lagi RM584 juta. Inikah pemimpin cerdik dalam mengurus bab duit rakyat. Buat hutang pandai tapi nak bayar liat. Hutang beratus juta tapi bayar hanya seciput. kah! kaha!kah!

Menurut YB Khoo, ADUN Ayer Keroh " Bayaran RM3 juta tak tertanggung nak bayar bunga sahaja, jika Melaka yang dipimpin oleh Ali Rustam buat pinjaman pada mana-mana institusi kewangan, maka dengan bayaran sebanyak itu akan menyebabkan bank akan isytiharkan Melaka sebagai bangkrap ataupun muflis.

Baru tahu kisah sebenar hutang Melaka apabila adanya wakil rakyat DAP yang layak menyertai sidang DUN Melaka. Oleh itu amat penting bagi PAS pula menghantar wakil ke dalam Sidang DUN melalui PRU13 jikapun tidak menguasai negeri Melaka.

Jangan biarkan Ali Rustam menjahanamkan duit rakyat. Jangan relakan Ali Rustam menambah beban hutang rakyat Melaka. Ali Rustam pengkhianat kepada rakyat Melaka. Tahu membuat hutang tapi membayar tak pandai langsung. Bilalah Najib nak pecat si Ali ni? Bila?

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online