www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Thursday 7 April 2011

2 PEGAWAI SPRM DIGANTUNG TUGAS, KETUA PESURUHJAYA LARI TAK MAHU KOMEN? Mana Integriti Anda...!

Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu ambil tanggungjawab bersama, tidak cukup dengan menggantung dua pegawai beliau sahaja dan beliau bebas tersenyum tanpa rasa bersalah. Mana janji beliau semasa dilantik menjadi KP SPRM pada tahun lepas dengan niat menjadikan SPRM badan yang paling berintegriti dan berwibawa tetapi akhirnya premis bangunan SPRM telah menjadi lokasi tragedi  kematian yang menyayat hati bagi orang yang disoalsiasat mereka.

Bernama melaporkan, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed enggan mengulas berhubung desakan beberapa pihak supaya beliau meletak jawatan atau digantung tugas berikutan kematian seorang pegawai Kastam semalam.

"Saya tidak mahu komen,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

DUA PEGAWAI SPRM DIGANTUNG TUGAS

Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang menjadi pengiring Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, yang ditemui mati di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, di sini, semalam, ditahan kerja untuk tujuan siasatan.

Mereka ditahan kerja kerana dikatakan melakukan pelanggaran ingkar perintah berhubung pengendalian saksi atau pelanggan di premis SPRM.

"Pegawai-pegawai tersebut dikatakan gagal berada bersama saksi atau pelanggan sepanjang masa ketika saksi atau pelanggan berada dalam premis SPRM,” menurut SPRM dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenapa hanya pegawai bawahan yang menjadi kambing hitam? KP boleh tersenyum manja didepan media? Mana maruah beliau dan mana integriti beliau dengan membiiarkan pegawai bawahannya memikul tanggungjawab? Ketua jenis apa ni?

Yang penting, kematian pegawai kastam di bangunan SPRM perlu disiasat dengan telus oleh pihak Polis daan jika perlu ditubuhkan Suruhanjaya Siasatanseperti dalam kes kematian Beng Hock maka tubuhkanlah segera. Jika simati bersalah sekalipun biarlah dia menerima hukuman tetapi janganlah beliau dibunuh dan kemudian dicampak k bawah,sungguh menyayat hati.

Seorang telah mati maka ada 61 lagi pegawai kastam yang akan dipanggil soalsiasat oleh SPRM selepas ini. Oleh itu dicadangkan mereka ini tidak dibenarkan datang berseorangan melainkan ditemani pegawai atau peguam dari pihak Kastam. Kita tidak mahu mereka juga akan mati terbunuh disebabkan alasan "terjatuh" oleh pegawai SPRM. Beringatlah sebelum kena.


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online