www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Friday 18 March 2011

ZAHID HAMIDI BAKAL DI SAMAN? RM 500 Juta? Macam Komisyen Kapal Selam.

Nampaknya pesta saman-menyaman semakin panas dengan berita terbaru yang dilaporkan dalam Malaysiakini bahawa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara YB Tony Pua akan memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Pertahanan YB Datuk Zahid Hamidi. Mungkin RM500 juta? Sama dengankomisyen jual kapal selam oleh Kemneterian Pertahanan? Atau berapa jumlah yang bakal di zaman masih dalam perkiraan YB Tony agaknya. Beginilah akibat malang bila mulut terlepas cakap memang tak boleh undur kalau perahu terlepas kayuh masih boleh diundur. Maka pesta zaman menyaman masuk episod baru.

Apa yang membuat YB Tony sakit hati ialah kenyataan pedas Zahid ini, "Dia dulu ditangkap di Singapura, dibawa ke mahkamah, tetapi sebab hubungan dia mungkin baik dengan pejabat tertentu di sana, beliau dilepaskan (dan) tidak dapat jadi ahli Parlimen (di sana)," kata Zahid dalam laporan tersebut. Jadi berani cakap beranilah tanggung. Kita harap YB Tony saman dia RM500 juta sama dengan hasil komisyen penjualan kapal selam di bawah Kementerian Perthanan,setuju YB?

Setelah Umi ingin menyamana Malaysiakini dan Baginda sebanyak RM100 juta dan YB Gobala ingin menyaman YB Saifuddin sebanyak RM12 juta, maka ini kes sama yang ketiga dalam masa seminggu. Selepas ini siapa yang akan menyaman siapa.

Maklumat lanjut berita saman ini sila klik disini,  http://www.malaysiakini.com/news/159002

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online