www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday 29 March 2011

YB NIZAR MB PERAK SELEPAS PRU13. MIC Punca BN Tersungkur Di Perak

Pakkatan Rakyat Perak akan merampas semula tampuk pemerintahan di Perak dan seterusnya menabalkan YB Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin buat kali kedua. Ini bukan mimpi dan khayalan tapi Ahli Parlimen Padang Rengas. Hujah beliau senan gsahaja, jika MIC dan MCA terus bertanding di Perak, nescaya BN akan kehilangaan majority dan menyebabkan negeri yang mereka kuasai kini akan terlepas semula ke tangan PR.
Siapa yang tak kenal Nazri? Beliau berkata MIC Perak akan menjadi punca dan sebab kekalahan BN Perak dalam PRU13. Nazri mahu semua kawasan DUN yang ditandingi oleh MIC sebelum inilah hendaklah diserahkan kepada Umno sesuai
Dalam wawancara itu juga, Nazri berkata, MIC sepatutnya menyerahkan kesemua enam kerusi DUNnya di Perak selepas kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu.

Ahli perlimen Padang Rengas, Perak itu berkata, parti kaum India itu tewas di kesemua enam kerusi yang ditandinginya di Perak dalam pilihan raya umum lalu, dan kerusi-kerusi tersebut boleh menyebabkan Perak jatuh semula ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang. Ini tidak sama
dengan saranan PM Najib yang mahukan hanya bakal-bakal calon yang diyakini menang sahaja dibenarkan untuk bertanding dalam PRU13 nanti.
Jika PR merampas semula Perak dan melantik semula barisan Exco yang baru maka sudah tentulah Zamri dan Exco BN haram beliau akan menjadi pembangkang pula dan pada masa itu kebangkitan rakyat sudah tidak boleh disekat lagi. Tiga ADUN PR yang membelot dulu juga pasti akan dihukum oleh pengundi mereka.
Syabas Nazri, pastikan Najib tidak membenarkan MIC meletakkan walau seorang pun calon di Perak dalam PRU13 nanti untuk memastikan kemenangan BN dan Zamri untuk mentadbir Perak sepenggal lagi. Tapi jika MIC tetap berkeras mahu bertanding dan juga PPP dan MCA dan Najib sendiri yang beri kebenaran maka bersiaplah BN untuk gulung tikar. Zamri bersiaplah untuk mengosongkan Bangunan Pentadbiran Perak, bawalah fail-fail sulit anda sebelum disemak oleh MB Nizar kelak.
MIC apa tunggu lagi? Umno dah kata tak perlukan kamu? Tarak rasa malu ka Palanivel? Bukan sahaja di Perak, walau di mana sahaja kawasan  di seluruh Malaysia MIC meletakkan calon, mereka pasti kalah kata Nazri sebab kaum India masih jauh dari MIC. MIC kini menjadi mandul selepas ketiadaan Samy Vellu. Palanivel hanya boneka MIC sahaja. Dengan Nazri pun Palanivel senyap tanpa bersuara, itu belum lagi dengan Muhyiddin atau Najib. PR bersedialah menaiki semula takhta kerajaan Perak, tunjukkanlah kepimpinan yang terbaik untuk kebajikan seluruh rakyat Perak.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online