www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Thursday 17 March 2011

YB GOBALA & YB SAIFUDDIN BERENTAP DI MAHKAMAH?

Kes Gobala yang dituduh oleh pelbagai pihak kerana dikatakan menerima RM1.4 juta sebagai rasuah untuk keluar dari PKR menjadi semakin panas. Terbaru YB Saifuddin dikhabarkan sedia menanti Gobala di Mahkamah bagi menentukan kesahihan rasuah poltik terhadap Gobala. Ini baru gentleman namanya. Tapi malang juga buat reformis seperti Gobala kerana ramai rakan reformis tahu serta mengenali siapa Gobala ini, dari seorang yang hidup biasa sehinggalah bergelar Yang Berhormat sedikit demi sedikit Gobala menongkah arus kehidupan dengan hidup yang lebih bergaya.

YB Saifuddin berkata kepada TV Selangor “Saya menerima notis saman daripada peguam Gobala semalam yang menuntut dua perkara. Yang pertama ialah mulai semalam dalam masa tujuh hari . Yang kedua,jika saya gagal berbuat demikian proses saman libel akan dimulakan. Yang pertama reaksi saya ialah saya menolak sama sekali tuntutan untuk saya memohon maaf,"

Gobala pada Selasa berkata, beliau akan mengemukakan saman RM12 juta ke atas Saifuddin kerana mendakwa beliau menerima habuan daripada pihak tertentu untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat.

Beliau juga memberi tempoh tujuh hari kepada Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR untuk membuat permohonan maaf mengenai hal itu.

Namun menurut Saifuddin beliau tidak akan berganjak dari kenyataannya sebelum ini.

“Alasan saya ialah saya telah ketengahkan beberapa fakta yang mengukuhkan kenyaaan awal saya mengenai punca dan sebab musabab kenapa beliau telah mengkhianati parti walaupun bertanding atas tiket KEADILAN kemudian mereka-reka segala alasan melalut untuk mengesahkan atau mensahihkan tindakannya mengkhianati parti,"jelasnya lagi.

Katanya, sepanjang 12 tahun mengenali Gobala dalam PKR, beliau tahu kemampuan kewangan wakil rakyat itu.

“Isu yang saya timbulkan ialah selama 12 tahun mengenali beliau, beliau langsung tidak punya keupayaan kewangan apa lagi membuat bayaaran mencecah angka jutaan,"katanya

Siapa betul siapa salah marilah kita saksikan episod panas di mahkamah andainya ianya menjadi kenyataan. Tapi apa yang dibimbangkan ialah Gobala akan umum pula masuk sebuah parti lain jika beliau berhasrat mendapatkan khidmat guaman percuma kerana presiden parti tersebut merupakan seorang peguam terkenal. Kalau tidak mendapat khidmat guaman percuma beliau mungkin diberi diskaun separuh harga. Inilah episod hitam dalam hidup YB Gobala seorang reformis lantang suatu ketika dahulu tapi akhirnya jatuh tersungkur sekelip mata hasil suapan yang  dinyatakan oleh YB Saifuddin. Mahkamah jalan penyelesaian terbaik buat mereka.














0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online