www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Sunday 20 March 2011

TAIB TAKKAN UNDUR ? Kecuali Adun-Adun BN Menjadi Berani Seperti Muhyiddin Mendesak Pak Lah Letak Jawatan

KM Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak akan mengosongkan jawatan KM selagi ia hidup dan selagi belum dapat mencari pengganti selamat bagi kerusi KM Sarawak. Adun-Adun BN Sarawak perlu berani macam Muhyiddin  menjatuhkan Pak Lah untuk Najib jadi PM sebagai panduan mereka bagi mendesak Taib berundur segera. 

Bayangkanlah setelah 30 tahun menjadi KM namun beliau masih gagal menyediakan pelapis kepimpinan Sarawak? Ini muslihat bijak Taib kerana semua pemimpin BN Sarawak menjadi penakut di zaman beliau. Walaupun beliau bersedia membubarkan DUN Sarawak esok dan satu pilihanraya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dan telah berjanji di beberapa tempat di Sarawak untuk berundur namun kata-kata beliau masih tergantung dan tiada siapa dikalangan pemimpin BN di Sarawak yang berani menggesa beliau berundur segera hatta menyuruh beliau beliau menetapkan tarikh persaraannya, pasti semua  kecut perut terhadap Taib. 


Jika dimbas sejarah Taib di Sarawak sudah berapa ramai pemimpin yang tidak sebulu dengan beliau dikuburkan dari politik Sarawak dan selama 30 tahun menguasai Sarawak tidak ada seorang pemimpin pun yang berani menidakkan apa jua keputusan Taib. Mereka menjadi "yesman" sampai hari ini. Kita tak perlukan lagi pemimpin yang penakut dan bacul, kita perlukan pemimpin yang berani dikalangan rakyat. Nyatalah sindrom penakut telah menjarah dalam diri setiap pemimpin BN Sarawak yang dikuasai Taib.

Adakah anda pasti Taib akan berundur segera? Cuba anda perhalusi kata-kata Taib semalam, ketika program Sejiwa Senada di Serian, Abdul Taib buat kali ketiga tahun ini menyuarakan hasratnya untuk berundur selepas di Mukah dan di Betong sebelum ini. Namun, masih ramai, khususnya pembangkang sukar mempercayainya sehingga beliau melakukannya atau sekurang-kurangnya menamakan penggantinya.

“Saya sudah tua dan akan berundur, tetapi saya tidak mahu cita-cita (membangunkan rakyat dan negeri) mati mengikut saya. Saya telah mendidik banyak pemimpin. Saya dan adik saya Jabu (Timbalan Ketua Ketua Menteri, Alfred Jabu)... bila kami pergi nanti siapa yang akan ganti dan teruskan.

“Saya akan mengetuai pilihan raya bagi memastikan kelicinannya dan selepas itu pemimpin yang kita bentuk akan bersatu menjadi kumpulan yang komprehensif dan inklusif untuk semua kaum supaya tiada seorang pun yang ketinggalan. Yang berundur akan sokong yang baru,” katanya di depan kira-kira 10,000 orang yang menghadiri program di Serian itu.

Pada sidang akhbar bersama Najib, beliau sekali lagi mengulangi mengenai peralihan kuasa, termasuk harapannya untuk berbuat demikian dalam tempoh separuh penggal DUN akan datang.

KENAPA TAIB TIDAK AKAN BERUNDUR?

Pertama, Taib pasti akan bertanding lagi membuktikan dia masih mahu menjadi KM dan ADUN.

Keduanya, dia pula akan jadi Pengarah Jentera Pilihanraya BN Sarawak bermakna beliau pasti mengumpul kekuatan beliau semula.

Ketiga, beliau akan dilantik semula menjadi KM Sarawak semula selepas pilihanraya dngan alasan mengukuhkan negeri dan menyediakan bakal pengganti beliau.

Keempat, beliau berjanji akan mencari pengganti dalam tempoh dua tahun tapi pasti beliau akan terus juga menguasai kerusi panas KM kerana semua Adun-Adun Sarawak jenis yang penakut. 

Mari kita lihat nama-nama yang pernah disebut bakal menjadi KM Sarawak, semuanya menjadi mimpi indah Taib. Banyak nama sudah disebutkan sejak kali pertama beliau menyuarakan hasrat mahu berundur 18 tahun lalu. Antaranya, Datuk Seri Effendi Nawawi, Tan Sri Adenan Satem, Datuk Amar Abang Johari Openg dan yang terbaru Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Pelbagai spekulasi dan ramalan dibuat. Effendi dan Adenan yang pernah menjadi menteri Pusat dikatakan sengaja dihantar ke Kabinet Persekutuan bagi dilatih menjadi Ketua Menteri. Namun Effendi kemudian dilaporkan bersara daripada politik. Adenan yang kemudian tidak dipilih semula sebagai menteri Pusat dikatakan mahu dilantik sebagai Ketua Menteri menggantikan Abdul Taib, tetapi tidak menjadi realiti.

Kali ini, nama Adenan, Abang Johari dan Awang Tengah muncul kembali. Semua mereka memegang jawatan penting dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Yang paling kanan ialah Abang Johari sebagai Timbalan Presiden II; Awang Tengah, Naib Presiden Kanan I, manakala Adenan pula Ketua Penerangan.

Ramai yang meramalkan, calon Ketua Menteri kelima Sarawak adalah di kalangan mereka bertiga, walaupun ada yang tidak menolak kemungkinan Effendi menjadi pilihan jika beliau bertanding pilihan raya kali ini. Namun, dua nama yang paling disebut-sebut ialah Abang Johari dan Awang Tengah. Pilihan mungkin bukan di tangan Abdul Taib sepenuhnya kerana yang lebih penting ialah kesepaduan dan kesatuan di kalangan anggota BN, iaitu PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).



TAIB BOLEH MELEPASKAN JAWATAN KM?

Taib akan bohong lagi dan kekal menjadi KM Sarawak kecuali berlaku dua perkara berikut :

Pertama, semua Adun BN berani mendesak Taib undur diri segera secara terhormat atau paksaan sepertimana TPM Muhyiddin mendesak Pak Lah mengosongkan kerusi Perdana Menteri suatu ketika dulu untuk diambilalih oleh Najib itupun jika BN masih menguasai majoriti kemenangan DUN Sarawak.

Kedua, rakyat Sarawak yang semakin cerdik memberikan kemenangan kepada semua calon Pakatan Rakyat sehingga boleh menguasasi majoriti DUN Sarawak dan secara automatik pasti Taib akan tersingkir jatuh ditampuk kekuasaannya selama hampir 30 tahun menjarah hasil bumi Sarawak.

Rakyat Sarawak sendiri yang perlu menyelamatkan bumi kenyalang dikembalikan kuasa kepada suara rakyat. Jangan biarkan anda dijajh lagi oleh Taib dan BN. Mereka kaya-raya atas kejahatan mereka merompak hasil khazanah negeri. Berubahlah sekarang selamatkan malaysia.




0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online