www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Wednesday 9 March 2011

SPR LAGI : KEMPEN PILIHANRAYA SARAWAK MUNGKIN 7 HARI SAHAJA

SPR sekali lagi digunakan untuk menyelamatkan BN dan empayar monarki Taib Mahmud di Sarawak. SPR ni bekerja untuk siapa sebenarnya? Soalan yang berulangkali akan ditanya oleh rakyat marhaen tanpa jawapan pun daripada SPR sendiri.

Pilihanraya Sarawak mungkin diberikan masa tujuh hari sahaja untuk berkempen? Rasionalkah jumlah yang hari diberikan ini untuk semua parti-parti politik berkempen bagi menjelaskan misi dan visi serta calon-calon yang bertanding. Apa yang tersirat ialah SPR cuba untuk menutup ruang kepada parti pembangkang masa yang mencukupi bagi menjelaskan manifesto pembangkang yang mungkin diterima baik oleh rakyat. Lainlah di pihak kerajaan BN yang memerintah, dengan menguasai televisyen, radio, akhbar dan saluran berita yang lain-lain, sudah pasti akan memihak kepada BN di Sarawak.

Hari ini menurut laporan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan tempoh kempen pilihan raya negeri Sarawak kurang dari 12 hari seperti dilaksanakan semasa pilihan raya negeri 2006. Pengerusinya, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, tempoh kempen terlalu lama dikhuatiri boleh mengundang amalan politik tidak sihat antaranya provokasi yang ditimbulkan oleh parti tertentu.
Sarawak mempunyai 71 kerusi DUN, 62 daripadanya dikuasai oleh Barisan Nasional. Pada pilihan raya 20 Mei 2006 itu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memiliki 34 kerusi DUN diikuti oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sebanyak 11 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) sebanyak sembilan kerusi dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) sebanyak lapan kerusi.

Sarawak menjadi penting buat Najib dan BN di Semenanjung Malaysia. Jika parti sekutu BN pimpinan Taib Mahmud tersungkur di Sarawak bermakna ia memberikan lampu isyarat buat Najib untuk berpindah dari Putrajaya ke Pekan. Hishamuddin duduklah di Sembrong, Muhyiddin balik ke Muar dan kesemua pimpinan Umno dan BN akan terpakasa meninggalkan pejabat-pejabat mereka di Putrajaya dalam masa terdekat selepas PRU13 nanti.

Signal inilah yang amat ditakuti oleh BN. Justeru itu SPR digunakan untuk menutup ruang bagi pakatan pembangkang memberikan penjelasan tentang hasrat rakyat secara jelas dengan memendekkan hari berkempen di Sarawak. Adakah perancangan SPR tajaan BN ini akan berjaya. Tidak. SPR jangan jadi batu penghalang, kebangkitan rakyat di Mesir akan merebak ke sini andai SPR dan BN terus menjalankan taktik kotor dan sebagainya. Rakyat akan bangkit melalui pilihanraya jika dihalang mereka akan bangkit di jalanraya.

SPR menggunakan isu berlaku keganasan semasa pilihanraya di Parlimen Sibu tahun lepas sebagai dalil untuk mereka memendekkan tempoh hari berkempen. Kita ingin bertanya, berapa orang yang mati di Sibu? Berapa ramai yang ditangkap polis? Berapa ramai yang tercedera dan dimasukkan ke dalam hospital?

Akhirnya, SPR bekerja untuk siapa?

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online