www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Thursday 10 March 2011

ROS PULA JADI BONEKA BN


Berita sensasi yang paling menggemparkan hari ini ialah apabila diumumkan bahawa Pakatan pembangkang tidak boleh membentuk satu gabungan rasmi kerana tidak memenuhi syarat tujuh anggota yang ditetapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Setelah lebih dua tahun memohon pendaftaran sebagai suatu gabungan seperti BN, pakatan yang dikenali sebagai 'pakatan rakyat' yang telah disepakati Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tiba-tiba ROS dengan kemunculan Pendaftar yang baru menyatakan permohonan itu ditola disebabkan tidak disertakan dengan kesepakatan tujuh buah parti bukan tiga seperti yang dipohon. Mana yang betul, Pendaftar ROS yang baru atau Pendaftar ROS yang lama?

Maka berlakulah tuduh menuduh diantara Pendaftar ROS yang baru iaitu Datuk Abdul Rahman Othman dengan katanya bahawa beliau tidak tahu-menahu jika ada tanggapan atau kenyataan sebelum ini menyebut pakatan pembangkang boleh membentuk satu gabungan parti walaupun hanya ada tiga anggota. Beliau juga menolak dakwaan Pendaftar ROS sebelum ini, Datuk Md. Alias Kalil bahawa pakatan itu boleh mendaftar sebagai sebuah parti gabungan kerana syarat tujuh anggota yang digariskan tidak terpakai bagi parti politik.
Md. Alias dalam kenyataan ROS sebelum ini menjelaskan, pakatan pembangkang boleh mendaftar sebagai sebuah parti gabungan kerana syarat tujuh anggota yang digariskan tidak terpakai bagi parti politik.

Pendaftar ROS lama kata boleh daftara walaupun hanya tiga parti disebabkan kekecualian berlaku pada gabungan parti olitik tetapi Pendaftar ROS yang baru pula kata tak boleh. Siapa yang jadi alat BN? Pendaftar yang lama atau pendaftar yang baru? Dulu SPR menjadi boneka BN kini akan ada satu lagi komponen BN yang terbaru iaitu ROS. Sama-samalah kita nantikan perkembangan mutakhir ini.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online