www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday 8 March 2011

NIK AZIZ & HARUSSANI : BERTEMULAH DEMI KEBAIKAN UMMAH

Mungkinkah pertemuan kedua-dua tokoh ini menjadi kenyataan? Surat jemputan sudah dihantar hanya menunggu jawapan orang yang dijemput? Bukan mencari siapa salah tetapi bersama mencari titik kebenaran yang sebenarnya.

  

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar surat rasmi menyatakan hasrat mahu bertemu dengan mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Surat yang dihantar pagi tadi itu antara lain mahu mufti Perak itu menjelaskan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan, pernah berkata 'undi PAS masuk syurga'.

Inilah sifat sebenar seorang ilmuwan agama yang berwibawa. Pertemuan yang sepatutnya diterima secara baik oleh TanSri Harussani amat dinantikan oleh semua umat Islam. Berbicaralah secara berdepan muka untuk merungkai segala perselisihan pandangan serta disiplin ilmu.

MB Kelantan berkata, "Hari ini saya telah menghantar surat rasmi kepada sohibus samahah Tan Sri Harussani, mufti Perak memohon penjelasan di atas tulisan beliau di dalam Mingguan Malaysia 6 Mac 2011.

"Saya memohon supaya beliau menjelaskan bilakah saya menyatakan bahawa undi PAS masuk syurga," katanya melalui Facebook hari ini.

Kedua-dua tokoh itu sering bercanggah pendapat berhubung isu agama dan jika pertemuan yang dicadangkan itu menjadi kenyataan, ini adalah kali pertama berlaku mereka akan duduk semeja.

Semoga kebenaran akan sentiasa berada dilandasan perjuangan yang sebenar.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online