www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Saturday 19 March 2011

NAJIB SERAH RM138.9 JUTA LAWATAN PERTAMA DI SARAWAK. Jika Pilihanraya 60 Hari Lagi, Berapa Nak Di Tabur?

Kunjungan PM Datuk Seri Najib dan TPM Tan Sri Muhyiddin ke Sarawak hari ini menandakan pesta menabur duit akan bermula kerana itulah agenda BN yang dikepalai Najib di mana-mana jua pilihanraya akan di adakan. Jika tiada taburan duit berbentuk janji-janji pembangunan, pembaikan longkang dan sungai, peruntukan sekolah, masjid, balairaya, pembinaan padang futsal, sumbangan kecemerlangan pelajar, bantuan untuk OKU dan ibu tunggal dan sebagainya akan menjadii semacam pesta diadakan semata-mata untuk menaburkan duit kepada seluruh pengundi di Sarawak dalam masa terdekat ini. Kenapa tabur duit seluruh rakyat Malaysia? Taburlah duit KM Sarawak sendiri yang dikatakan mencecah berbillion ringgit?
Kita melihat dulu semasa pilihanraya Parlimen Sibu tahun lepas beratus-ratus juta ditabur oleh Najib dan Muhyiddin tapi akhirnya BN tetap tewas. Kenapa BN tewas? Rakyat Sarawak sudah semakin cerdik, bagi duit ambil, bagi baju pakai, bagi gula kacau, sehingga Najib merasa kecewa kerana semacam ditipu hidup-hidup pengundi di Parlimen Sibu. Bayangkanlah Najib menghulurkan cek sebanyak berjuta ringgit untuk sekolah Cina di Sibu tetapi Najib kecewa kerana pengundi Cina di situ tetap mengundi calon DAP sehinggakan Parlimen Sibu yang dikuasai BN selama ini terlepas ke tangan DAP.

Najib memang takkan serik. Muhyiddin pun sama. Sebab yang ditabur bukan duit mereka? Semua itu duit rakyat Malaysia. Apalah yang mereka banggakan dengan agneda menabur wang setiap kali pilihanraya? Inikah politik pilihanraya yang sihat? Sampai bila mereka mahu menipu rakyat dengan agenda wang setiap kali pilihanraya? SPR pula pasti diam membisu? SPRM pun entah ke mana pergi, silap-silap takde cawangan di Sarawak kot?

PROGRAM SANTA CLAUSE BERMULA DI SARAWAK

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM138.9 juta kepada Parlimen Batang Sadong, di sini bagi merancakkan program pembangunan infrastruktur di kawasan tersebut.


Menurut beliau, pada asalnya jumlah yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 adalah RM133.8 juta di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)..Utusan

Ini belum lagi diumumkan tarikh sebenar pilhanraya negeri Sarawak, apa akan jadi jika tarikh sebenar diumum dan jarak masa dalam tempoh 60 hari berlaku hari pengundian. Ini bermakna taburan duit dan projek akan berlaku dalam anggaran 60 hari, jadi berapa banyak duit yang akan ditabur? RM1 billion? RM 100 billion? RM 1000 billion? Anda tunggu dan lihat.

Nota: Gambar : Najib serah cek semasa kempen pilihanraya Parlimen Sibu.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online