www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Thursday 17 March 2011

NAJIB PERTAHAN ISA SAMAD UNTUK BERTEMPUR DENGAN MUHYIDDIN?

Kenapa PM Datuk Seri Najib Razak begitu bersungguh-sungguh mempertahankan Isa Samad. Apa istimewa Isa kepada Najib? Yang pasti Isa akan dijadikan barua Najib untuk mempertahankan diri seandainya Muhyiddin menjadi gila untuk mencabar jawatan Presiden UMNO pada pemilihan yang akan datang. Siapa tak kenal Isa yang termasyhur sebagai pakar kempen undi sehinggakan beliau terpilih menjadi Naib Presiden Umno paling tinggi undi majoriti walaupun akhirnya terpaksa dilucutkan jawatan tersebut angkara kepakaran beliau dalam rasuah poltik wang. Pakar inilah yang Najib perlukan jika Muhyiddin berani menentang beliau sebagai calon Presiden Umno.

Najib telah menyanggah pandangan pakar ekonomi semata-mata untuk mempertahankan Isa, semua ini disebabkan mainan strategi politik Najib sendiri. Isa yang menguasai Felda sudah pasti akan mengawal semua perwakilan UMNO yang datang dari Felda dan ini memberikan kelebihan buat Najib. Muhyiddin perlu disekat terlebih dahulu kerana Muhyiddin mungkin akan dibantu oleh bekas PM iaitu Tun Mahathir. Najid perlu waspada.Pandangan Najiblah paling batul manakala pandangan pakar ekonomi tetap salah, apa pilihan rakyat? Lihat apa yang dikata oleh pakar ekonomi terhadap Isa.

Pelantikan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda menyebabkan pasaran saham menjadi tidak menentu, kata ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
“Terdapat banyak GLC yang mempunyai bekas ahli politik dilantik sebagai pengerusi tetapi bagi Felda, adalah kes yang jarang berlaku di mana pasaran bimbang dengan pelantikan itu. Ia memberi isyarat yang salah,” katanya.

Bercakap di forum anjuran badan pemikir, Ideas, Tengku Zafrul bagaimanpun berkata pelantikan berkenaan mungkin disebabkan kekurangan calon di mana jawatan utama di syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan mesti diisi oleh calon bumiputera.

Meskipun Tengku Zafrul agak berdiplomasi ketika memberika alasannya, rakan panel Anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC), Zainal Aznam Mohd Yusof berkata rekod Mohd Isa yang terpalit dengan gejala rasuah adalah punca kebimbangan pasaran.

Mohd Isa didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disipin Umno pada 2005.

“Adalah hari yang sedih apabila Isa dilantik sebagai pengerusi Felda,” kata Zainal Aznam.
Menurutnya, pembaharuan sebenar hanya boleh dicapai jika ada pengharaman menyeluruh pelantikan ahli politik mengetuai GLC.

“Kenapa tidak katakan sahaja ahli politik tidak boleh dilantik, tidak kira parti mana yang diwakili, atau sama ada awak adalah korup

SEBAB APA NAJIB PERTAHAN ISA?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata dakwaan berlakunya kepincangan dalam pasaran saham yang disebabkan pelantikan pengerusi baru Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad adalah tidak berasas dan tidak relevan.

"Adalah tidak benar pelantikan Tan Sri Mohd Isa sebagai Pengerusi Felda akan menjejaskan pasaran saham dan ia tidak ada kaitan dengan jatuh naik pasaran saham," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Lim meminta Perdana Menteri menyatakan rasional pelantikan Mohd Isa sebagai pengerusi Felda sedangkan kredibiliti beliau tercemar kerana didapati bersalah menggunakan politik wang oleh parti beliau dan ingin tahu sama ada nama baik Felda akan terjejas dan mengakibatkan kebimbangan pasaran.

Najib berkata pelantikan Mohd Isa sebagai pengerusi Felda yang baru adalah berdasarkan kepada pengalaman beliau yang luas dalam bidang pentadbiran, pengurusan, kepimpinan dan mempunyai hubungan baik dengan masyarakat dan rakyat.

"Pengalaman beliau dalam bidang pentadbiran, politik dan pembangunan komuniti adalah menepati kriteria sebagai pengerusi Felda yang secara langsung terlibat dalam urusan pembangunan Felda dan urusan peneroka.

Dua orang pakar ekonomi negara menyatakan perlantikan Isa memberikan mesej yang salah kepada pasaran ekonomi negara tetapi PM Najib kata tidak ada kesalahan melantik Isa. Siapa betul antara mereka bertiga hanya anda yang boleh membuat pilihan?

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online