www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Monday 21 March 2011

Kata Najib "Walau apapun yang terjadi....Putrajaya mesti kita pertahankan". DNA dan Video Lucah?

Skandal video lucah yang dianjurkan “Datuk T’ menyergah landskap politik negara dengan warna kejahatan tanpa batasan. Pihak Polis tidak berbuat apa-apa untuk menangkap penganjur video seks lucah sebab tiada laporan dibuat? Masuk akal ke alasan Polis ini? Datuk T masih bebas mengugut ketua pembangkang untuk meletakkan semua jawatan, tiada pun disergah atau ditangkap Polis. Hotel lima bintang yang menjadi tempat berlangsungnya kegiatan haram tidak pun dikunjungi Polis.
Siapa Datuk T? Bagaimana hotel lima bitang yang terkenal boleh memberikan keizinan kpada Datuk T membuat tayangan video lucah yang semestinya sebagai suatu kesalahan dalam undang-undang negara? Media perlu manyangkan juga muka Datuk T, adakah ianya betul-betul manusia ataub bayangan hitam dari Mongolia? Dan bagi hotel-hotel seluruhMalaysia, selepas ini semua pengurusan hotel boleh membuat tayangan lucah untuk menarik pelanggan datang menginap agaknya.
Orang yang dituduh iaitu Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan keras menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video seks yang didedahkan pagi ini. Dia menyifatkan dakwaan itu sebagai "pembohongan" yang diselaras oleh mereka di peringkat kuasa tertinggi.

Pada masa itu video dikatakan dirakamkan, Anwar berkata beliau berada di rumah bersama kakitangannya, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anak-anak dan cucu-cucu.

Katanya, beliau telah mengemaskini Twitternya pada masa itu, yang akan membuktikan yang beliau bukan lelaki dalam video tersebut.

Sambil tersenyum Anwar berkata, lelaki dalam video itu "berperut buncit" berbanding dengan perutnya.

"Cuma perut orang itu jauh lebih buncit daripada perut saya," katanya.

Anwar turut berdiri untuk membolehkan jurufoto mengambil gambar perutnya.

Bercakap dalam sidang media petang ini, beliau menyifatkan dakwaan dakwaan tersebut sebagai "fitnah jahat terbaru dalam bentuk video."
Dengan itu apalagi yang Polis tunggu, siasatlah segera sebab semuanya sudah jelas, siapa penganjur dan di mana ditayangkan dan siapa yang menonton wajib ditangkap atas kesalahan menyaksikan pertunjukan lucah. Kenapa didiamkan?
Cerita Datuk T bagaimana beliau memperolehi video tersebut semacam skrip yang telah disediakan oleh pihak tertentu. Kenapa baru sekarang beliau hendak tayang? Sebabnya bila isu DNA tidak akan menjahanamkan Anwar di Mahkamah maka pelan seterusnya mesti dilakukan agar Anwar didapai bersalah. Mereka akan berbuat apa sahaja untuk menghalang kebangkitan Anwar ke Putrajaya, Anwar perlu ditahan serta ditewaskan dengan apa cara sekalipun.
Mari kita lihat ucapan Najib semasa merasmikan Perhimpunan Agong Umno kali ke 10 pada tahun lepas. Adakah ucapan ini ada kaitan dengan isu DNA dan skandal video seks ini, sama-samalah anda analisis dengan mata yang celik. Apa kata Najib;
..." Maka, kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan. Berpasaklah kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!
Demi Islam, Demi Melayu dan Demi Malaysia.
Bersamalah Mendaya Bangsa, Meneraju Kemakmuran.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Perhimpunan Agung UMNO kali ke-61, tahun 2010.
PAS telah mengeluarkan kenyataan supaya Polis menyiasat segera semua pihak yang terlibat dengan penganjuran video lucah ini. Pihak polis mestilah tangkas untuk menyekat kepalsuan dan fitnah jahat terus merebak tanpa bukti yang sahih. Itu pun jika Polis masih lagi berkhidmat untuk negera bukan untuk Umno. Rakyat berharap pihak Polis segera lakukan siastan. Tegakkan keadilan untuk semua rakyat Malaysia.
Kini rasionaliti tidak lagi menjadi pertimbangan pelaku politik negara, isu skandal video lucah ini sebenarnya menjerumuskan situasi semasa politik negara berundur ke arah belakang,sifat perpaduan dalam politik tidak dihiraukan lagi oleh pelaku polittk. Nilai politik negara semakin terhakis dengan rentetan peristiwa skandal yang melibatkan maruah dan integriti pemimpin negara walaupun belum disahkan sama ada ianya mempunyai nilai kebenaran ataupun sekadar fitnah semata-mata.
Adakah rakyat suka untuk mendegar isu-isu sensasi setiap hari tanpa memikirkan kewajaran isu lain yang lebih penting. Wujudnya isu video lucah ini telah menenggelamkan isu rakyat seperti kenaikan harga ayam, petrol dan makanan yang lain. Isu negara seperti keborosanisteri PM, penyelewengan di Sarawak menjadi tidak penting kini. Yang penting Anwar perlu dihapuskan dari persada dari politik negara sesuai dengan ucapan PM di atas tadi.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online