www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Saturday 19 March 2011

ISNIN BUBAR DUN, 16 APRIL HARI MENGUNDI DI SARAWAK. PR BERSIAP SEDIA MENAWAN BUMI KENYALANG

Teka-teki hari pembubaran DUN Sarawak akhirnya terlerai sudah apabila Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan DUN Sarawak dibubarkan Isnin ini, dan notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Sehubungan pembubaran itu, pilihan raya negeri hendaklah diadakan dalam masa 60 hari.

Khabar angin juga bertiup kencang bahawa hari pengundian akan jatuh pada 16 April. Bagaimanapun masih belum jelas bilakah tarikh penamaan calon dijalankan kerana ia bergantung kepada tempoh berkempen.

Menurut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh untuk hari penamaan dan penamaan calon.

Bagaimanapun, dijangkakan tempoh berkempem selama lapan hari berdasarkan amalan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Dalam pilihan raya pada Mei 2006m BN hilang lapan kerusi kepada pembangkang. Enam dimenangi DAP dan masing-masing satu untuk PKR dan bebas. sumber :  
http://www.malaysiakini.com/news/159110

Selepas Najib menabur wang RM138.9 juta di Parlimen Batang Sadong pagi tadi,  petang ini Najib menabur lagi wang berjumlah RM252.85 juta untuk pelbagai projek rakyat di kawasan Serian dan Tebedu.

Beliau berkata, peruntukan itu bagi bekalan air bersih luar bandar untuk 2,910 rumah di Tebedu membabitkan peruntukan sebanyak RM105 juta dan untuk 4,409 buah rumah di Serian sebanyak RM116.5 juta.

Sementara RM13.39 juta untuk projek bekalan elektrik di Serian yang melibatkan 408 buah rumah, selain peruntukan RM12.5 juta untuk projek klinik kesihatan di Pedawan dan RM120,000 untuk pembelian pendingin hawa untuk Dewan Masyarakat Serian, katanya ketika melancarkan program “Sejiwa Senada” untuk bahagian Kota Samarahan, di sini.

Jika dicampur RM 138.9 juta dan RM252.85 juta, ini bermakna dalam tempoh sehari sebelum pembubaran DUN Sarawak, Najib telah menabur sebanyak RM 390.94 juta. Jika PIlihanraya dijadualkan tepat berlaku pada 16 April 2011 maka masih banyak hari lagi wang untuk ditaburkan.

Awas, jika BN Sarawak tumpas di tangan Pakatan Rakyat nescaya pilihanraya umum di Semenanjung pasti akan dilewatkan sehingga Mac 2015, tetapi jika BN mengekalkan pemerintahan Taib di Sarawak walaupun dengan majoiriti  kerusi DUN yang kecil, pasti pilihanraya umum di semenanjung akan dicepatkan. Ayuh semua rakyat Sarawak, jadilah berani seperti pengundi di Sibu, kembalikan kuasa rakyat.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online