www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Friday 11 March 2011

Himpunan Parasit & Badut Politik Dalam KITA

Apakah rasionalnya Zaid menerima manusia yang menjadi PENGKHIANAT  kepada parti lain? Apakah keuntungan serta kebaikan jikapun ada menerima kemasukan parasit jahat  ahli-ahli YB yang melompat ini? Adakah Zaid tidak belajar dari sejarah politik parti-parti di Malaysia? Adakah Zaid merasa bahagia tidur sebantal dengan muka-muka hipokrit ini? Inilah persoalan yang Zaid perlu perjelaskan?

Zaid  Ibrahim kini semakin galak berkempen  agar mana-mana ahli Yang Berhormat melompat masuk ke dalam Parti KITA. Tindakan Zaid ini umpama orang yang mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain malah ia sebenarnya mendekatkan Zaid dan KITA ke arah kehancuran kerana yang pasti mereka semua itu adalah manusia yang bermasalah.

Semalam, Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) mengajak wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berasa terpinggir dan tidak dihargai oleh pemimpin pembangkang agar menyertai parti itu.

“Sekiranya mana-mana wakil rakyat merasakan tidak dihargai ataupun hilang kepercayaan dengan pemimpin, lebih baik mereka sertai KITA.

“KITA mengalu-alukan kehadiran mereka untuk meneruskan perjuangan dan berkhidmat demi rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Zamil yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri berkata, beliau memahami bahawa beberapa wakil rakyat dan pemimpin PKR kini berada di persimpangan sama ada mahu terus kekal dalam parti itu atau sebaliknya.

“Saya tahu ramai daripada mereka begitu kecewa dengan kepimpinan PKR pusat dan negeri yang dilihat tidak melakukan apa-apa kepada rakyat dan hanya tahu mengukuhkan kedudukan dalam parti.

“Saya berharap mereka memikirkan sedalam-dalamnya dan berjuang bersama kami dalam KITA,” katanya.

KITA sebagai parti yang baru adalah sebuah parti picisan yang kini dihuni oleh manusia-manusia yang melompat parti dan jenis manusia yang bermasalah sama ada peribadi atau sebaliknya. Jangka hayat KITA akan menjadi semakin pendek berbanding dengan parti Semangat 46 dulu. Apapan dalam masa terdekat ini kita akan dapat melihat badut-badut sarkas poltik yang akan menghuni dalam penjara KITA. Kita akan saksikan jenis-jenis manusia didalamnya.


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online