www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Friday 18 March 2011

HANTARAN RM5.9 JUTA. Kenapa Cikgu Mala Menolak ?

Pilihanraya DUN Tenang telah lama melabuhkan tirai namun disebaliknya tersurat suatu kenangan pahit manis buat semua pejuang rakyat termasuklah calon PAS iaitu Pn.Normala Sudirman yang dikenali dengan panggilan Cikgu Mala. Pada PRK Tenang 31 Januari lalu, BN menang menerusi calonnya, Mohd Azahar Ibrahim, dengan majoriti 3,707. Mohd Azahar mendapat undi 6,699 sementara calon PAS, Normala Sudirman memperolehi 2,992 undi. Pasti yang menarik ialah bagaimana Cikgu Mala telah menolak wang lamaran Umno BN sebanyak RM5.9 juta semata-mata untuk menjadi calon rakyat yang dipikulkan dibahu beliau. Jumlah itu terlalu besar buat seorang calon PAS namun disisi Allah ianya hanyalah cebisan api neraka bagi mereka yang lalai lalu mengambilnya. Inilah peranan tarbiyah yang telah berjaya dilaksanakan oleh ahli-ahli parti dalam PAS sesuai dengan peranan batang tubuh PAS itu sendiri.

Perkara itu dimaklumkan kerajaan melalui jawapan bertulis terhadap soalan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.BN membelanjakan RM5.968 juta sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Tenang yang diadakan Januari lalu.

Firdaus dalam soalannya mahu Perdana Menteri menjelaskan jumlah perbelanjaan program kerajaan di Dun Tenang sepanjang Januari 2011 dan adakah ianya termasuk dalam Bajet 2011.

Jawapan itu turut memberitahu jumlah itu dibelanjakan bagi melaksanakan 85 program di bawah peruntukan khas Perdana Menteri dan termasuk dalam Bajet 2011.

Firdaus yang juga Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat ketika ditemui kemudiannya berkata tidak hairan BN menang pada PRK itu dengan 'menabur' wang sebesar itu.

BN melalui UMNO sanggup menghabiskan sebanyak RM 5.9 juta semata-mata untuk menewaskan Cikgu Mala dalam PRK Tenang. Begitulah nilai saham Cikgu Mala di Tenang. Jika seorang calon PAS bernilai RM5.9 juta bagaimana pula BN Umno mencari duit untuk menghadapi PRU13 kerana jumlah calon yang mungkin mencecah ratusan calon.

Dimana BN Umno akan kumpul duit sebanyak itu? Bagi satu calon PAS, BN berhabis RM5.9 juta, bagaimana pula jika ada 1000 calon jika dicampurkan semua bilangan kerusi DUN dan Parlimen? Adakah BN akan menghabiskan RM5.9 billion (RM5.9j x 1000)  semata-mata untuk menyelamatkan dinasti BN dan Umno?

Jika BN bersedia ke arah itu, adakah SPR akan berpejam mata? Dan kawannya juga iaitu SPRM juga akan memejamkan mata?

Ayuh semua rakyat Malaysia selamatkanlah duit rakyat, berubahlah sekarang, selamatkan Malaysia.


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online