Perkara itu dimaklumkan kerajaan melalui jawapan bertulis terhadap soalan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.BN membelanjakan RM5.968 juta sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Tenang yang diadakan Januari lalu.
Firdaus dalam soalannya mahu Perdana Menteri menjelaskan jumlah perbelanjaan program kerajaan di Dun Tenang sepanjang Januari 2011 dan adakah ianya termasuk dalam Bajet 2011.
Jawapan itu turut memberitahu jumlah itu dibelanjakan bagi melaksanakan 85 program di bawah peruntukan khas Perdana Menteri dan termasuk dalam Bajet 2011.
Firdaus yang juga Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat ketika ditemui kemudiannya berkata tidak hairan BN menang pada PRK itu dengan 'menabur' wang sebesar itu.
BN melalui UMNO sanggup menghabiskan sebanyak RM 5.9 juta semata-mata untuk menewaskan Cikgu Mala dalam PRK Tenang. Begitulah nilai saham Cikgu Mala di Tenang. Jika seorang calon PAS bernilai RM5.9 juta bagaimana pula BN Umno mencari duit untuk menghadapi PRU13 kerana jumlah calon yang mungkin mencecah ratusan calon.
Dimana BN Umno akan kumpul duit sebanyak itu? Bagi satu calon PAS, BN berhabis RM5.9 juta, bagaimana pula jika ada 1000 calon jika dicampurkan semua bilangan kerusi DUN dan Parlimen? Adakah BN akan menghabiskan RM5.9 billion (RM5.9j x 1000) semata-mata untuk menyelamatkan dinasti BN dan Umno?
Jika BN bersedia ke arah itu, adakah SPR akan berpejam mata? Dan kawannya juga iaitu SPRM juga akan memejamkan mata?
Ayuh semua rakyat Malaysia selamatkanlah duit rakyat, berubahlah sekarang, selamatkan Malaysia.
0 comments:
Post a Comment