www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Thursday 24 March 2011

JERANGKAP SAMAR BUAT ANWAR DAN NAJIB? Kerusi PM Dintai Individu Ketiga? Siri 2


Jerangkap samar buat Anwar dan Najib hampir mengena hanya menunggu sedetik kealpaan mereka pasti tersungkur dalam kehinaan. Orang yang mengidam jawatan PM semakin tersenyum melihat episod yang dirancang berjalan dengan licin mengikut skrip. Dengan membariskan pelakon  bodoh seperti Rahim Thamby Chik, Datuk Shuib, Ezryl,Ummi, Saiful dan pelakon tambahan, jerangkap mereka pasti akan mengena sasaran sedikit masa lagi. Lambat atau cepat bergantung kepada kelicikan Anwar dan Najib menghidu bau jerangkap samar di sekeliling beliau.
Jerangkap samar pertama untuk Anwar ialah Anwar kini terpaksa bergelut dengan dua isu penting yang amat menyeksakan beliau iaitu isu DNA dan video seks walaupun kedua-dua isu ini berkemungkinan adalah fitnah semata-mata tetapi dari segi moraliti dan reputasi imej beliau sebagai bakal calon PM Pakaatan Rakyat maka nama beliau perlu dibersihkan secepat mungkin, jika tidak Pakatan Rakyat akan tersungkur di Sarawak pada 16 April nanti.
Bukan itu sahaja kesan tsunami di Sarawak pastu akan melanda jauh ke Semenanjung dalam PRU13 nanti, mahu atau tidak, hendak atau tak nak, susah atau payah sekalipun, Anwar perlu segera keluar dari jerangkap samar yang dipasang individu yang amat-amat berminat kerusi panas PM. Ayuh Anwar teruskan perjuangan dan keluar dari segala jerangkap DNA dan video secepat yang mungkin, andai lewat pasti anda terperangkap dan andai cepat sekalipun pasti ada luka yang tercalar namun ianya lebih baik daripada tersangkut dalam jerangkap samar berduri ciptaan musuh.
Jerangkap samar pertama untuk Najib ialah beliau kini telah dianggap sebagai dalang utama oleh semua pihak terhadap skandal video Datuk T walaupun mungkin beliau mungkin tidak terlibat langsung tapi perancangan musuh dalam selimut beliau pasti juga menampakkan hasil bahawa Najib seolah-olah terlibat.
Ada pihak menyatakan  bahawa isu video lucah Anwar sebagai kerja jahat Umno dan sebagai Presiden parti pasti beliau patut memikul tanggungjawab menjelaskan kes ini. Bukan sahaja ahli dikalangan pakatan rakyat membenci kes video ini malahan orang Umno dan orang atas pagar pun akan marah  amat hina dan menjijikkan ini.
Nama Umno dan Najib pasti menjadi busuk dikalangan ahli dan rakyat Malaysia dan tidak mustahi akan ada satu gerombolan ahli dalam Umno yang akan memberontak dalam mesyuarat tahuanan Umno sedikit mas lagi ini untuk menyingkirkan Najib atas isu ini.
Siapa yang menjadi ketua pasti anda boleh meneka dalam suratan politik semasa dalam Umno? Najib juga pasti akan tercalar seperti Anwar walaupun berjaya menafikan Umno tidak membuat kerja video seks ini kerana itulah jerangkap samar ini amat membahayakan Najib dan Anwar sebenarnya.
Najib kini akan dihadapkan ke mahkamah sebagai saksi dalam kes Anwar yang turut sama ialah Rosmah kerana nama mereka telah disenaraikan oleh pihak pendakwaan, awas Najib perangkap kedua akan menjadi lebih perit buat anda.
Isu video lucah kini mennjadi bahan ketawa negar luar malahan dalam Negara kitapun menjadi sendaloka kannak-kanak di sekolah sehingga dicadangkan untukk menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat isu video lucah ini. Sungguh mengaibkan jika suruhanjay aitu ditubuhkan, akan memburukkan lagi nam aMalaysia di mata dunia. Individu yang mengidam kerusi PM amat bijak, dalam jerangkap samar yang sama beliau berjaya mengenakan sepasang musuh atau seteru yang sama dalam lubang yang sama.
Siapa yang membuat jerangkap samar pertama buat Anwar dan Najib? Selepas ini akan ada jerangkap samar kedua dan seterusnya sehingga kedua-dua makhluk ini tersungkur barulah kita akan tahu jawapan siapa yang merancang. Ada pihak yang meneka individu yang berminat kerusi PM ialah individu yang bermula dari huruf “M”. Anda ada pilihan lain? Ikuti siri ketiga kes jerangkap samar ini pada episod seterusnya.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online