www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday 22 March 2011

"DATUK T" TELAH DIKENALPASTI ? YB Ini Kenal 110%

Amat memeranjatkan dengan pengakuan berani pengkhianat PKR iaitu YB Zulkifli Noordin dengan mengakui bahawa 110% pelakon seks itu adalah Anwar. Jika dia pasti itu Anwar ini bermakna beliau kenal "Datuk T" itu siapa? Mustahil YB Zul boleh percaya lebih 110% jika beliau tidak kenal peribadi "Datuk T"? Apakah ada kaitan dan pakatan YB Zul dan "Datuk T"? Jika tidak kenapa beliau melangkaui kuasa Polis dan Mahkamah untuk membuktikan siapakah pelakon sebenar?

Yang menjadi persoalannya rakaman video pun belum disahkan, pelakon pun belum dipastikan siapa gerangannya tetapi YB Zul yang telah jadi pengkhianat ini secara terbuka menuduh bahawa itu adalah Anwar. Manusia apakah YB Zul ini? Dimana sifat persahabatan sesama insan beliau? Mana pula integriti beliau sebagai seorang peguam  yang tahu setiap tuduhan mestilah disandarkan dengan bukti yang sah? Adakah beliau seorang manusia yang waras ketika ini? Menjadi persoalan kenapa beliau jadi begitu?

Para pemimpin Umno pun amat berhati-hati untuk menuduh Anwar sebagai pelakon seks tersebut malahan wartawan yang telah menonoton tayangan video itu di Carcosa Hotel pun masih meragui kelibat pelakon itu adalah Anwar kerana sehingga setakat ini tiada seorang wartawan pun yang mengakui secara terbuka seperti pengkhianat YB Zul.

Yang peliknya beliau percaya lebih dari 100% dan ini menandakan kepercayaan membuta tuli seorang peguam terhadap suatu tuduhan zina yang pastinya memerlukan saksi dan bukti yang amat payah untuk dipenuhi. Beliau lupa atau buat-buat lupa atau mata hati beliau telah ditutup dengan dendam kesumat pada Anwar?

Cuba anda perhalusi kenyataan akhbar dalam Utusan hari ini  yang nyata menunjukkan dendam kesumat beliau pada Anwar. Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa beliau yakin lelaki yang terlibat di dalam video seks dengan pelacur dipercayai dari China yang didedahkan ‘Datuk T’ sebagai pemimpin pembangkang yang terlibat dengan banyak kontroversi sebelum ini.

Meskipun enggan memberi jawapan sama ada sudah menonton video itu, beliau berkata, adalah 110 peratus jelas bahawa pemimpin pembangkang itu merupakan lelaki yang terlibat dalam video berkenaan.

“Orangnya jelas dan kita semua tahu siapa dia. Tiada dolak-dalih lagi dan saya berani mengesahkan bahawa itu memang dia.

“Saya percaya dia ada penyakit dan ini perlu diubati segera. Kalau tidak ia bukan saja merosakkan diri, malah keluarga dan negara kerana dia selalu menonjolkan diri sebagai orang yang warak dengan memetik ayat-ayat al-Quran membuatkan ramai pihak termasuk yang ‘kuat agama’ terpedaya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Jika YB Zul yakin 110% bahawa pelakon tersebut adalah Anwar maka sudah semestinya juga beliau akan tahu dan memang mengenali "Datuk T". Keyakinan ini berdasarkan bahawa beliau percayai sebulat-bulatnya 110% cerita seks tersebut maka 110% juga akan percaya kepada "Datuk T". Jika beliau tidak mengenali "Datuk T" mana mungkin beliau boleh percaya melebihi angka 100%. Eloklah semua rakyat menelefon YB Zul untuk mengetahui siapakah "Datuk T"?


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online