www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Wednesday 23 March 2011

DATUK T DTAHAN POLIS? Wartawan Kanan Media Juga Harus DiTangkap Kerana Menonoton Video Lucah.

Mana pergi Datuk T? Kenapa PDRM begitu sukar untuk menjejaki dan menahan beliau? Persoalan yang terus berlegar dikalangan rakyat. Siapakah Datuk T? Adakah beliau agen kerajaan? Special Branch? Atau diupah oleh sekutu Umno? Semuanya menjadi misteri sehinggalah beliau dapat ditahan PDRM. Yang pasti beliau ialah taukeh video tayangan lucah, jika beliau ditangkap sudah pasti beliau akan mencadangkan pada PDRM untuk menangkap semua wartawan kanan media yang menjadi penonton tayangan video lucah beliau.

Kenapa susah sangat PDRM nak tangkap Datuk T? Jikalah anda membuat laporan ada tiga orang pelajar sekolah menonton video lucah di sebelah rumah anda, dengan menelefon 999 nescaya tidak sampai 10 minit pihak PDRM akanmenyerbu rumahjiran anda dan menahan kesemua budak tadi untuk disoalsiasat di Balai Polis berdekatan. Betul. Tetapi bagi kes Datuk T, kenapa PDRM masih terlalu lewat mnahan beliau. Adakah undang-undang negara terbahagi kepada dua kumpulan?

Malah pihak peguam terkenal juga menggesa pihak polis mesti menahan segera dan mengambil tindakan keras kepada 'Datuk T' kerana terlibat menayangkan rakaman video lucah, kata seorang peguam yang juga pengerusi DAP Karpal Singh.

Penayangan video, bertujuan menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan wanita yang tidak dikenali jelas menyalahi undang-undang negara ini, kata Karpal.

Beliau mendakwa terkejut abila mendapat polis belum mengambil tindakan untuk menahan 'Datuk T' berhubung perkara itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Karpal berkata, tindakan lelaki misteri itu jelas melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam

Datuk T mungkin senang bersantai bermain golf di Cameron Highland? Atau menaiki bot di Langkawi? Alangkah indahnya hidup Datuk T, tiada siapa yang ambil peduli....Laporan Polis macam dibakulsampahkan....Datuk T oh Datuk T yang misteri. Wartawan Kanan media bersedialah anda jika anda diperlukan oleh PDRM jika tidak bebaslah anda mengikuti rombongan pelancongan istirehat bersama Datuk T.


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online