www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Sunday 20 March 2011

NAJIB AJAK MUHYIDDIN SERAH DNA? MUHYIDDIN AKAN DIPERANGKAP KE SUNGAI BULOH

PM Najib menjadi semakin berani untuk bersedia menyerahkan DNA beliau semata-mata untuk menarik hati pengundi di Sarawak semalam. Entah apa Najib mimpikan tiba-tiba sahaja berani menyahut cabaran Anwar. Najib pasti berbohong? Bila balik ke Putrajaya nada beliau pasti akan berubah, tak percayalah tunggulah beliau kembali ke JPM nanti.

Beliau juga meminta TPM Muhyiddin serahkan DNA juga, bimbang nanti DNA beliau akan ditukar menjadi DNA Muhyiddin dan tak pasal-pasal Muhyiddin jadi kambing hitam. Muhyiddin pasti takut nak serahkan DNA bersama tarikh dan masa dengan serahan DNA Najib. Muhyiddin boleh dijadikan kambing hitam Najib. Bersediakah Muhyiddin merempat dalam penjara seperti sejarah TPM sebelum ini? Yang pasti semua TPM tak sempat jadi PM kecuali Najib. Kalau Muhyiddin nak selamat serahkan DNA anda pada tarikh yang berlainan dengan Najib?

Apa yang telah Najib ucapkan semasa berada dalam suasanan kempen di Serian Sarawak semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau bukannya seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gentar untuk menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) walaupun ia bertujuan menegakkan kebenaran.



Menurut Perdana Menteri, tiada apa yang perlu ditakutkan untuk menyerahkan sampel tersebut jika seseorang itu berada di pihak yang benar.

"Kalau nak DNA saya, saya boleh bagi DNA, tiada masalah... (Timbalan Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin pun kata takut apa kalau tak salah.

"Kalau Parti Keadilan Rakyat (PKR) nak tegakkan keadilan, bagilah DNA (milik Anwar), selagi tak bagi DNA orang akan tertanya-tanya dalam kepala, orang Serian pun nak tahu siapa lelaki 'Y', semua orang nak tahu," katanya sewaktu berucap pada majlis perasmian Program Sejiwa Senada Bahagian Samarahan, semalam.

Bolehkan Najib meminta juga Razak Baginda menyerahkan sampel DNA? Jika sudah ada dua sampel yang sangat penting itu iaitu DNA Najib dan DNA Razak Baginda maka bolehlah dibawa ke Mongolia untuk dipadankan dengan anak Altantunya di sana. Adakah Najib sanggup? Adakah Najib boleh kotakan apa  yang diucapkan semalam di Sarawak?

Ayuh Najib jangan berdolak-dalik, jika berani serahkan segera DNA anda dan Razak Baginda secepat mungkin.


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online